Laksa Sarawak

9:40 PTG

Assalamualaikum rakan-rakan yang masih setia bertandang ke dapur Amie. Terasa lama sangat tak masak...., sejak hari Ahad lepas hinggalah ke hari ini. Rindu dengan dapur yang selama ini sentiasa berasap, tiba-tiba dua tiga hari belakangan ini nampak malap saja. Sebenarnya tuan dapur agak sibuk sedikit, maklum minggu ini dan minggu depan akan berhadapan dengan audit pengurusan. Banyaklah fail yang perlu dikemaskini, memantau itu ini dan kebetulan pula kelmarin baru sahaja selesai memberi ceramah ke SMK Segama. Kali ini Amie pandu sendiri ke tempat itu, sekolahnya pun tidaklah jauh sangat cuma sebab datang ke situ pun setahun sekali atas jemputan, jadi kadang-kadang tersesat juga. Mujurlah sekolahnya berhampiran dengan Sekolah Menengah Teknik Lahad Datu dan Sekolah Berasrama Penuh Lahad Datu, senanglah sikit nak cam. Oleh kerana rindu sangat nak berkelahi dengan periuk dan kuali, Amie pun meloloskan diri keluar lebih awal dari hari-hari biasa....biasanya pukul 3 ke atas baru balik....jadi hari ini ada masa untuk masak. Masak apa? Jeng...jeng....jeng....! Amie masak Laksa Sarawak.....



Oleh kerana tidak ada perencah atau pes Laksa Sarawak, Amie pun buatlah satu persatu ikut buku resepi. Tak tinggal satu bahan atau satu langkah pun, takut tak menjadi pulak kalau pandai-pandai sendiri.... maklumlah ini merupakan kali pertama masak resepi begini. Cuma Amie kurangkan kuantiti memandangkan resepi yang diberi mungkin untuk 8-10 orang. Nak makan semangkuk pun...nak cari di mana? Di tempat Amie memang tak pernah jumpa Laksa Sarawak walaupun Sabah ini jiran terdekat Sarawak! Walaupn terpaksa menghabiskan masa hampir 4 jam menyiapkan Laksa sarawak ni, tapi Amie puas hati sebab sudah pandai buat perencah dan kuahnya. Dan tidak semestinya tempoh 4 jam itu Amie habiskan di depan dapur saja, sementara menunggu masakan direnih, Amie lari ke ruang tamu.... sempat tengok televisyen atau buka laptop... sempat pergu rumah kawan-kawan, dan balik semula ke dapur sambung masak sambil dengar radio. Seronokkan! Sambil masak boleh lari sana sini, boleh cuci baju (dalam mesin basuh), boleh sapu sampah, boleh itu dan ini....cuma tidur saja yang perlu dielakkan, takut tertidur....masakan hangus! Wokey, di bawah ini Amie sertakan resepi Laksa Sarawak yang sungguh istimewa ini!

Resepi Asal:
Sumber  : Kompilasi Masakan Sarawak
Resepi    : Laksa Sarawak
                Chef Sarji Ramli

Bahan-bahan: (ikut sukatan masing-masing)
1.5 kg ayam
1.2kg udang saiz sederhana
900 gm perencah laksa
750 gm bee hoon - rendam selama 5 jam
500 gm taugeh
100 gm daun ketumbar
5 biji telur -didadar nipis
limau nipis
20 cawan air (8 liter)
10 cawan air - untuk merebus taugeh dan bee hoon
2 cawan santan
1 sudu teh gula pasir
garam secukupnya

Cara membuatnya:
1. Jerang 10 cawan air dan masukkan 2 sudu teh garam. Apabila mendidih, masukkan udang dan masak selama 10 minit. Angkat.
2. Dalam periuk lain, rebus 10 cawan air dan masukkan garam. Apabila mendidih masukkan ayam dan masak selama 20 minit.
3. Kupas kulit dan kepala udang. Masukkan kulit dan kepala udang ke dalam periuk yang pertama dan rebus selama 2 jam dengan api sederhana.
4. Asingkan isi ayam daripada tulangnya. rebus semula tlang ini di dalam periuk yang kedua selama 2 jam.
5. Air rebusan tadi ditapis dan dibuangkan kepala dan kulitnya. Air rebusan ayam juga ditapis serta dibang tulangnya.
6. Campurkan kedua-dua air rebsan dan masukkan perencah laksa ke dalamnya. Masak selama 2 jam lagi.
7. Dalam periuk lain, rebus air sehingga mendidih. Celur taugeh dan bee hoon secara berasingan selama 1minit. Angkat dan toskan.
8. Tapis air rebsan perendah laksa tadi dan buang segala rempah yang ada di dalamnya. Jerang semula sehingga mendidih. Tutup api.
9. Tuangkan santan. Sambil dikacau, masukkan garam dan gula pasir.
10. Masukkan bee hoon, taugeh, telur dan ayam ke dalam mangkuk. Sendukkan sup ke dalam mangkuk. Hiaskan dengan daun ketumbar dan jus asam limau sebelum dimakan.



Memang perlu ada kesabaran nntuk menghasilkan Laksa Sarawak seperti yang tertera dalam buku resepi itu. Maklumlah kena buat kerja 2-3 kali, perencahnya pula kena sediakan sendiri. Oh...ya... resepi untuk Perencah Laksa Sarawak seperti di bawah ini:

Bahan A:
15 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
20 tangkai cili kering - dibuang biji dan direndam
1cm lengkuas
4 batang serai
sedikit belacan

Bahan B:
1/2 cawan kacang tanah - digoreng
1/2 cawan bijan - digoreng tanpa minyak
5 biji buah keras

Cara:
1. Kisar Bahan A hingga lumat.
2. Kisar Bahan B hingga menjadi serbuk halus.
3. Campurkan Bahan A dan Bahan B.
4. Gaulkan hingga sebati.



Inilah hasilnya....cooking with my heart and soul! Mungkin lain kali kalau nak buat kena cari perencah atau pes Laksa Sarawak yang sudah siap. Lebih mudah dan cepat. Jemput makan ye.... jangan malu-malu, memang masakan yang segar-segar belaka..... udang segar, ayam pun segar! Anak-anak Amie makan dengan mee laksa! Amie dan suami makan dengan mee hoon....

50 comments

  1. assalamualaikum kak amie...lenkali helo2 la org kt cni..yg 4 jam tu boleh dikurangkan jadi 2 jam kalau guna 2 tenaga kepakaran (macam la pakar sangat). tak pernah masak lagi laksa s'wak. tapi dah pernah makan. cuma dah lupa mcm mana rasanya..kalau dapat buat dengan hasilnya mcm ni, memang puas hati la kak amie..

    BalasPadam
  2. kak amiiiiiiiiieeeee mieza cukup suka laksa sarawak..tp tk penah wat perencah sendiri...mieza beli rencah siap kat sawak je...nak semangkuk kak!

    BalasPadam
  3. WaalaikumussalamNani,
    Kak Amie ingat Nani suka makan coto makasar kan.... kuahnya tu ada sikit rasa coto sbb ada kacang tanah kisar, tapi kuah laksa sarawak ni sbb asyik ditapis2 aje, bersihlah tak ada serabut2...memang puas hati buat sendiri sbb makan pun boleh tambah2....sedap!

    BalasPadam
  4. Miezaaaaaa......
    makan laksa sarawak ni memang mengasyikkan! rasanya lain dari laksa yang biasa kita makan kan...!

    BalasPadam
  5. bestnye amie...
    2 minggu lepas baru gi sarawak...mmg carik laksa sarawak kat sane...anak2 pun suke makan laksa tu...

    tapi amie punya lagi mengancam...sure sedap...

    BalasPadam
  6. K.Amie pos lah semangkuk kt sini hehe..Pernah makan laksa ni masa gi kuching tp 3 thn lepas la...sedap dan unik rasanya kan?

    BalasPadam
  7. Tak pernah makan laksa sarawak. Nampak cam best jer.

    BalasPadam
  8. Ain,
    tentu sedap dapat makan di tempat asal resepi ni... amie pun buat bulat2 ikut resepi dari sarawak, tapi tak tahulah samada betul2 yg original atau sudah diubahsuai oleh chef sarji...

    BalasPadam
  9. Mamanajmi,
    boleh... nanti Amie poskan, bagi alamat ye... he hehee...
    memang rasanya unik, lain dari laksa yg biasa kita makan, menyediakannya pun unik jga...

    BalasPadam
  10. Kak Sam,
    Amie pun baru pertama kali cuba resepi ini, alhamdulillah menjadi...sedap tau!, perencahnya yang agak pelik...ada bijan , kacang tanah & buah keras kisar.

    BalasPadam
  11. Salam Kak Amie,
    Pernah dah la makan laksa sarawak ni. Tapi tak pernah buat sendiri.Lamanya kak nak masak....kalau mcm tu tunggu kak amie masak je...

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum akak amie..
    sedapnya laksa sarawak tu akak.. diana x perna lg buat sendiri.. mmg nmpk sedap.. kalau dkt nak jer singgah rumah akak.. nak tumpang makan juga.. hehehe

    akak.. bawa2 juga berehat tau akak... jgn ler terlalu banyak buat kerja sgt yer... rehat dulu lepas tu baru sambung balik yer akak...

    BalasPadam
  13. wahh sedapnya laksa sarawak tu kak..nieza pernah mkn tapi tak pernah buat...menarik juga resepi tu tapi tunggu angin rajinla nanti boleh try...:)

    BalasPadam
  14. Diana,
    bila kakak masak kakak lupa segala hal di tempat kerja (maklumlah hal ehwal manusia yang diurus....byk sakitnya....terutama otak kita...) masak tu satu terapi yang baik buat kakak...
    iyelah.... kdg2 nak date line itu yg buat terkejar2...maklum sajalah sekarang semuanya nak cepat, nak dokumentasi segera...

    BalasPadam
  15. Yatie,
    yang lamanya sebab nak buat stok ayam & udang tu, satu lagi agaknya nak sebatikan rasa...tu sbb kena 2 jam lagi renih kuahnya... tapi hasilnya berbaloi sgt dgn tempoh masa yg agak lama itu!

    BalasPadam
  16. Nieza,
    nanti akan sampai juga angin rajin tu... he he hehhh

    BalasPadam
  17. rajinnyer akak buat....laksa ni guna banyak bahan dari laksa biasa ek...but pernah makan sekali kot dulu...dah lama la

    BalasPadam
  18. Ayu,
    di sini tak banyak pilihan makanan Ayu, kalau nak makan sesuatu yg berbeza dr menu harian kenalah ringankan kaki dan tangan.... he hehehh

    BalasPadam
  19. Salam kak.. Bestnya kak sedap lama ita cari resepi ni kak.. Teringin nak mkn laksa ni... Nsnti boleh la try.. Tentu sedapkan.. Rajin akak masak suka la ita tgk

    BalasPadam
  20. As'salam Amie

    lamanya nak sediakan resipi laksa sarawak tu sampai 4 jam. adoii..kalau ct harus dah berkeroncong dah perut ni..hihi

    suka lah makan laksa sarawak ni, bau rempah2 dia memang menusuk hidung. bila lah nak merasa lagi :)

    BalasPadam
  21. Salam Ita,
    kakak pun dah lama belek2 resepi ni...cuma tak terbuat, akhirnya terbuat juga...ha aha hahah

    BalasPadam
  22. Walaikumussalam CT,
    memang lama...itulah amie fikir tentu ada sebabnya tempoh yg lama tu, macam juga sup herba cina... kena 3 jam renih sbb nak jaga khasit...yg ni amie tak tahu sbb apa...ikut aje.. he he hehehh

    BalasPadam
  23. Amie, ummi datang nak makan laksa Sarawak, ada lagi ke? Sedapnya nampak udang n kuahnya tu amie, ummi boleh hirup kuahnya sampai licin tau Amie..hik!

    BalasPadam
  24. amie..
    nampak sedap je laksa serawak ni kan.. bila tengok resepi maklong pasti memang sedap..!!
    tapi maklong tak pernah rasa lagi.. sebab tak pernah nampak orang jual kat sini.. kalau nak masak sendiri.. rajin ke.. bila resepi dah ada ni bila boleh cuba.. tq..

    BalasPadam
  25. Ummi,
    waaaa....orang Sarawak dah datang nak makan laksa sarawak ye...sila...sila..., he he org sabah aje belum ada laksa sabah...

    BalasPadam
  26. salam k.amie....
    hebat sungguh cikgu ni...dlm masak2 tu sempat lagi ke hulu ke hilir....
    sepanjang hidup ucu sampai skarang tak pernah lagi rasa laksa sarawak...ada lagi tak..minta semangkuk...

    BalasPadam
  27. sedapnyer amie masak..nak sikitlah...

    BalasPadam
  28. Assalam amie,
    rasa2nya..kita tak perlu panggil kakak lagi kot..sebab bila baca kat tag awrd tu kita lebih kurang aje umurnya ..heheh..kita panggil cikgu amie ajelah ya..

    laksa sarawak ni bilalah dpat rasa..nak beli pernecahnya kalau kat jb pun tak ada..nak buat sendiri tak reti ..so dapat telan air liur aje ler..heheh thanks cikgu for the wishes tu ya..

    BalasPadam
  29. pernah rasa laksa sarawak.. tp bukan buat sendiri tp jiran belakang bagi.. rasanya berempah sikit kan.. tp saya tak pandai nak makan laksa ni sgt..

    BalasPadam
  30. Salam K.Amie,atie xpernah makan laksa sarawak nih!tumpang mkn kat sini leh tak kak?atie bawak mangkuk nih...

    BalasPadam
  31. dah lama tak makan laksa, tak reti nak masak sendiri..bila ntah nak cuba huhu...

    BalasPadam
  32. Salam Amie...
    Sama lah mama ngan Ayu..pegi JB cari pes Laksa tak dpt2..kena lah tunggu kwn anak dara blk sarawak baru dpt rasa laksa nih...huhuhu

    BalasPadam
  33. Ucu,
    kena datang ke Sarawak ye kalau nak makan yang original punya.... org kata tak ada rotan akar pun berguna, tak dapat ori yang kak buat pun jadilah... ambillah di bawah tudung saji tu....ada lagi.

    BalasPadam
  34. Mummy2K,
    boleh..... nak banyak pun boleh...

    BalasPadam
  35. Maklong,
    oleh sbb percubaan pertama, pes pun kena buat sendiri, amie pun buat betul2 ikut resepi.... terutama 'lama'masanya tu....

    BalasPadam
  36. Ayu,
    ooo...kita sebaya, ok kita panggil nama ayu saja, ayu pun panggil 'amie' sajalah..... tak payah disebut 'cikgu'nya... he hehehehh,
    tentang perencah tu, sib baik memang dlm buku resepi disertakan sekali...so, amie semangatlah cuba buat, tapi rasa laksa sarawak mmg lain, ada yg boleh makan, ada yg tak biasa makan... tak boleh makan pulak!

    BalasPadam
  37. Hanis,
    memang rasanya berempah macam berempah sikit,
    kak amie boleh 'makan' sebab sebelum ini dah biasa makan coto makasar yg kuahnya ada sedikit persamaan, tp sbb kuah laksa ni ditapis2...nampak jernih tak bersabut2lah....

    BalasPadam
  38. Atie,
    ha ha haaa.... atie lain kali datang sini tak payah bawa mangkuk, bawa badan je...makan kat dapur kakak kenyang2...sbb nak bawa balik semangkuk kang tumpah2 lagi kat jalan.... he hehehehh

    BalasPadam
  39. Hanis,
    memang ambil masa utk merenih sup / kuahnya tu...

    BalasPadam
  40. Mama Hawa,
    Amie yang berjiran dengan Sarawak pun tak dpt pes tu... inikan pula yg di JB ye.... tapi suami kata pes ini ada dijual di pasaraya, nantilah...Amie pun nak cari juga,bagi jimat masa buat pes...

    BalasPadam
  41. Terliurnya kak Zai,tentu sedap sebab semua bahannya segar2 belaka.

    Amie poslah sepinggan untuk kak Zai hehe....

    BalasPadam
  42. Kak Zai,
    nanti Amie pos... tunggu depan pintu ye... he hehehh

    BalasPadam
  43. Salam Amie.Lama tak dapat singgah di sini.Memang tak sempat.Saya pernah makan laksa sarawak di rumah seorang kawan yang memang orang sarawak.Memang sedap..terliur tengok laksa tu

    BalasPadam
  44. Ixora,
    wah... mesti best dpt makan hasil air tangan tuan punya negeri asal resepi ini...

    BalasPadam
  45. Salam K.Amie..bestnya laksa sarawak..yana xpnh mkn lagi..dh ada resepi ni bleh la try bt sndiri..;-)

    BalasPadam
  46. Salam Yana,
    ada perbezaan rasa laksa yang biasa kita makan dgn laksa Sarawak... yang ini rasanya agak berempah sikit.

    BalasPadam
  47. Kak amie, laksa sawarak mmg saya suka. masih ada 2 bungkus stok lagi kat rumah ni. hehe..

    BalasPadam
  48. Asmara,
    cepat2 habiskan stok... nanti tamat tempoh, rugi.... he he heheh

    BalasPadam
  49. Hai nak tanya ... kenapa rasa sarawak ada rasa jamu ? ..

    Boleh tak share apa nama rempah jamu tu ...
    adelea28@yahoo.com

    BalasPadam
  50. Kak Amie...
    Pes original Laksa Sarawak ada 20 jenis bahan bahan atau rempahnya.......tapi saya lupa kesemua nama bahan bahan untuk buat pes Laksa Sarawak yang original.....

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe