Ikan Sulig, Sambal Tomato & Ulam-Ulaman

12:08 PG

Baru balik dari rumah Diana Sky Blue Kitchen .... dari Labuan - Kota Kinabalu - Lahad Datu, turun dari MAS Wing terus balik rumah masuk dapur sendiri. Tengok ikan masak sambal di dapur Diana, teringat pula ikan goreng kita yang belum diangkat dari kuali....... belum hangus lagi! Rasanya ekor ikan Diana macam sama dengan ikan yang Amie goreng, cuma Diana kata tak tahu namanya. Amie sempat ambil gambar ikan itu petang tadi....kalau Diana datang ke dapur Amie, tentu dia boleh cam rupa ikan tu.....


Nama ikan yang Amie goreng petang tadi ikan sulig....haa... nama ikan itu memang terpampang di mini market. Ikan ini menjadi kegemaran ibu mentua Amie. Isinya tebal dan lembut, penuh.... tapi kulitnya nipis. Ibu mentua suka ambil isi ikan ini buat serunding. He he he... masih lagi selera kampung ni.... Amie goreng saja ikan, buat sambal tomato dan celur lobak merah serta putik jagung dan juga goreng terung Taiwan. Untuk Diana, cuba tengok rupa ikan di bawah ini, sama tak dengan ikan sambal Diana. kalau sama, maknanya tekaan Amie melalui ekor ikan Diana tu betullah.... kalau salah, Diana kena belanja makan Kak Amie tau....



Ibu mentua Amie panggil ikan ni ikan buntut kuning sebab ekornya warna kuning. Tengok tu...mulutnya kecil saja....... comelkan! Kalau Amie masak ikan ini di kampung, ibu dan bapa mentua siap berpesan.... goreng lembik-lembik ye nak.... mulanya Amie tak faham tapi lama-lama baru Amie tahu, jangan goreng lama-lama sebab isinya sangat lembut dan cepat masak! Macam Diana kata, (kalau betullah ini ikan yang dia masak sambal tu), ikan ini sedap, tapi oleh kerana isinya yang sedap... Amie pun tak tahu nak masak apa selain goreng supaya 'sedapnya' tu tak lari. Keluarga sebelah suami pula suka masak sambal perah air limau nipis!


 Amie gandingkan dengan sambal tomato. Sambal tomatonya pula Amie belajar daripada Yantie, bekas pembantu rumah Amie yang berketurunan Bugis dari Sulawesi tapi Amie ubahsuai ikut citarasa dan selera Amie. Kita lihat sama-sama apa bahan yang digunakan untuk membuat sambal tomato.



Kalau inginkan rasa sambal tomato yang lebih enak, tomato hanya dipotong-potong saja bersama bawang besar. Masukkan bersama bahan yang lain, masak dengan api perlahan sehingga hancur dan kuah menjadi pekat. Hasilnya, sambal akan kelihatan lebih halus-mulus.Tapi kali ini, sebab nak cepat siap, Amie kisar kesemua bahan dan hasilnya sambal tomato kelihatan agak kasar sedikit tetapi enak rasanya tetap sama.

Bahan-bahan:
3 biji tomato merah
2 biji tomato hijau
4 biji lada merah
3 biji lada hijau
7 biji cili padi
2 labu bawang besar
7 biji bawang putih
3 keping asam gelugur - Amie tambah sendiri
1 batang serai - dititik
3 helai daun limau purut - Amie tambah sendiri
1 keping belacan - angganran 3cm  x 3cm
garam dan gula
minyak

Cara:
1. Kisar kesemua bahan di atas kecuali daun limau purut, serai dan asam gelugur.
2. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan kisar.
3. Masak dengan api perlahan sehingga pecah minyak.
4. Masukkan asam gelugur, serai, garam dan gula. Biarkan seketika sehingga kuah menjadi pekat.
5. Masukkan daun limau purut.
6. Tutup api.



Inilah rupa sambal tomato. Kalau suka warna hijau, gunakan tomato muda dengan lada hijau. Kalau suka warna merah menyala, pilih sajalah tomato masak ranum dengan lada merah!    Cukuplah setakat ini dahulu.... Amie mohon diri. Jumpa lagi..... dan selamat menjamu mata dengan hidangan ala kampung dari Amie's Little Kitchen.



P/S: asyik ulam lobak merah saja.... sebenarnya Amie suka makan lobak merah celur cicah sambal.... bagi yang belum pernah cuba..... cubalah sekali.... pasti inginkan lagi.

37 comments

  1. Assalamualaikum akak... Diana dah sampai.. kapal delay ler plak.. tu yg lewat sampai cnie tu.. pagi baru sampai.. hehehee

    yer2... betul akak... tu ler ikannya... isinya mmg penuh... kalau goreng makan ngan sambal.. ulam2an... n pedas2 ckit.. sedaaap kan akak.. kita janji kan akak masak jenis ikan yg sama.. ehhehehe.. ooo ikan sulig ek namanya akak... heheheh.. baru diana tau nama ikan tu.. :D. terima kasih akak

    BalasPadam
  2. Waalaikumussalam Diana,
    nampaknya Kak Amie kena terbitkan kamus ikanlah pulak....he he hehhh

    nama 'sulig' tu Kak Amie tak tahu bahasa sukuan apa, tapi memang di Lahad Datu orang panggil dengan nama tu...

    BalasPadam
  3. Salam Amie...
    Oh kalau ikan ni kat spore pun byk..selain digrg buat smbl ikan ni pun sedap di msk asam pedas..isi nyer yg putih + lembut mmg syiok mkn bersama ulam2man..kecur plak pagi ni tgk kat dapur Amie..hehehe

    BalasPadam
  4. Mama Hawa,
    apa agaknya orang Singapore panggil ikan ni yea...

    nanti nak cuba jugalah masak asam pedas tu...

    BalasPadam
  5. nanak sambal belacan tue...sedap cicah ngan ulam2...lagi pedas lagik terangkat gitew

    BalasPadam
  6. fuhh... tangkap layan sambil lentok dapat makan sambal yg amie buat tuh... ada ulam lagi... ikan goreng lagi... dah tak perlu lauk lain...terbaikkk...

    BalasPadam
  7. As'salam amie

    CT kalau masuk sini selalu jumpa nama ikan yang pelik2..hihihi. Bagus juga sekurang2nya ct dah kenal rupa ikan tu jadi kalau nak tanya pun dah tau kan. Klau blog Maklong tu sayur2 yang pelik semuanya ada :D

    sedap masakkan amie tu, kalau ct nak masak ikan2 ni kena selang2 seminggu sebab anak2 ct memang tak gemar makna ikan.

    BalasPadam
  8. waah mantap ikanya segar and cantik,,,,

    BalasPadam
  9. Lady Ayu,
    Kak Amie kalau makan pedas mesti sediakan air panas suam.... barulah berasap leleh semua!

    BalasPadam
  10. Wana,
    lauk nostalgia kampung nih.... masak ala kampunga je...

    BalasPadam
  11. CT,

    Amie memang sediakan menu ikan lebih dari ayam.... sebab dah jemu makan ayam (dulu suami ada projek ayam daging & ayam telur)

    BalasPadam
  12. Detetea,
    terima kasih sudi bertandang ke mari ya pak...

    BalasPadam
  13. Detetea,
    terima kasih sudi bertandang ke mari ya pak...

    BalasPadam
  14. fuh..goreng pun dah nampak sedap.saya tak pernah makan lobak merah cam akak buat.nak try juga laaa...

    BalasPadam
  15. Assalam Amie...

    rasanya pernah juga nampak ikan tu.. cuma tak tau nama.. mungkin kat sini sebutan namanya lain kot..
    bila amie kata isinya lembut.. terbayang2 kesedapannya.. lembut mcm ikan aji2 ye? sedap tu... saya mmg penggemar ikan.. kalau mkn kat kedai mesti ambil lauk ikan.. tp kat rumah kenalah ikut selera anak2 byk masak ayam.. kalau msk lauk lain ayam mesti nak kena msk jugak.. huhu..

    sambal tomato tu biasa jugak mkn.. cuma tak tau namanya apa.. mmg sambal ni popular dikalangan org2 seberang.. sbb pekerja kedai mkn makcik pun selalu buat sambal ni.. kalau mkn dikedai2 yg tukang masaknya org indon pun mesti ada sambal tu.. sy pun suka gak..

    belum pernah buat ulam celur carrot tu.. tp mmg suka mkn carrot.. boleh mkn mentah mcm tu aje sesambil potong carrot.. hehee..

    BalasPadam
  16. Mela,
    cubalah sesekali celur lobak merah ....rasanya manis,jauh lebih sedap dari makan mentah.

    BalasPadam
  17. Madihan,
    laaa... Amie tak tahu pula ada ikan aji2... tak boleh kata 'iye' la ye...

    sebelum inipun Amie tak tahu lobak merah celur tu sedap, makan sekali di rumah kawan masa kenduri, balik rumah Amie buat sendiri... cubalah, sekali dah rasa, pasti nak makan lagi..

    BalasPadam
  18. Assalam cikgu amie,
    oh nama ikan ni ikan sulig ya..baru tahu ni..hahaha..maklum ler nama2 ikan ni kita fail!..haha kenal tapi tak tahu nama..hahaha sedap nampak cili sebelah ikan goreng tu..uish kecur ni..

    BalasPadam
  19. menariknya sambal tomato tu first tie hanis dengar... ada masa nanti nk cuba... ikan tu pun nampak yummy sgt! uwaa nk jugakkk...

    BalasPadam
  20. Salam.....kecur kak tengok isi ikan yang fresh gituuuuu..Makan ngan masi panas sedap niiiii

    BalasPadam
  21. Assalam amie, oh akk tak kenal ikan ini, byk betul ikan yg kat umah amie ni akk tak kenal, mekasih amie kongsi2 kat sini, best sambal tomato tu, rasa mcm nak buat juga lah

    BalasPadam
  22. ikan sulig la pulak...kene berguru dengan kak amie dulu la kot pasal ikan2 di kepulauan borneo ni...ikan2 di kepulauan semenanjung pon tak terhafal lagi..hihih

    BalasPadam
  23. nmpk sgt sodap..tp syg nye den x mkn ikan...huhu

    BalasPadam
  24. terima kasih sudi singgah di blog saya...saya perah nampak ikan nie tapi tak pernah beli.

    BalasPadam
  25. Salam kak amie.. sedapnya nampak.. geram rasa nak cekup je dalam gambar akak tu.. sukanya cara akak masak menyelerakan betul..:)

    BalasPadam
  26. Ayu,
    ada juga ikan Amie tak tahu namanya, di sini banyak suku kaum & banyak pula jenis ikan.... biasanya lain kaum lain nama ikannya.... ikan sulig ni tak tahu nama ikan dari kaum mana...

    BalasPadam
  27. Hanis,

    sambal begini terkenal dalam kalangan masyarakat Bugis.

    BalasPadam
  28. Sue,
    memang betul tu... tak payah lauk lain lagi dah sebab goreng begini pun sodap!

    BalasPadam
  29. Kak Rosaliza,
    di sini memang banyak ikan kak, kadang-kadang bila pergi pasar... tak tahu mana satu nak beli, sebab banyak pilihan... tapi Amie tak beli yang tak biasa makan... (kebanyakan ikan yang Amie makan sebab belajar kenal dari keluarga suami)

    BalasPadam
  30. Nani,
    seronokkan dapat melihat tempat orang... kenal macam-macam orang, macam-macam budaya, macam-macam pulak ikannya... he hehehh

    BalasPadam
  31. Papa Mifz,
    memang segelintir orang tak makan ikan, tak makan ayam dan ibu mentua Amie tak makan lembu....

    BalasPadam
  32. BSB,
    sesekali cuba beli, rasanya lain daripada ikan cencari, ikan kembung...isinya penuh, lembut...

    BalasPadam
  33. Juwita,

    masak biasa-biasa saja, kampung style... jemputlah makan ye Ita.

    BalasPadam
  34. slurrrrppppppp. boleh arisha suruh mama masakkan resepi ni. mesti menjadi punyalah! :))

    BalasPadam
  35. Farra,
    mesti menjadi punya.... mama Farra memang pandai masak...

    BalasPadam
  36. mcm2 ikan kat sini.....pelik2 namanya tak pernah ida dgr..kut kat semenanjung mesia panggil lain ke

    BalasPadam
  37. Ida,
    betul tu... oleh sebab banyak sangat jenis ikan di sini, banyak pulalah yang tak diketahui namanya...inilah hasil laut yang Allah sediakan ntuk kita.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe