Ikan Kerapu Goreng Berlada

9:49 PTG

Jumpa lagi biarpun hanya untuk seketika. Petang tadi Amie masak ikan kerapu goreng berlada. Sebenarnya semasa dibeli, ikan ini belum terkena ais, tapi dek kerana asyik ponteng masuk dapur.... tertangguh-tangguhlah nak masak ikan kerapu. Kononnya nak masak kukus tapi manisnya pun dah berkurangan sebab sudah sejuk beku, jadinya goreng sajalah. Amie gunakan lada hijau dan nampaknya resepi Amie kali ini kelihatan hijau saja....  tak tahulah ye kalau resepi ini ada yang empunya, sebab masakan begini Amie belajar semasa remaja dahulu. Ladanya pun memang sengaja dikisar kasar-kasar, tak tahu apa sebabnya... he hehehhh. Amie goreng dua ekor, tapi yang seekor tidak dibubuh sambal, sebab anak-anak tak mahu makan pedas. Alkisahnya, semasa menuang lada ke atas ikan, tertuanglah ke seluruh badan ikan... tak nampaklah ikannya kecuali bahagian ekornya saja....


Resepi ini ringkas saja dan sedap dimakan bersama nasi panas. Amie kongsikan bersama seperti di bawah ini.

Bahan-bahan:
1 ekor ikan kerapu - bersihkan
3 helai daun limau purut
1 batang serai - diketuk
1 sudu budu
1 biji limau nipis - ambil jusnya
1 sudu serbuk pati ikan bilis
1/2 sudu teh serbuk kunyit
secubit garam
sedikit gula
minyak

Bahan kisar - (kisar kasar-kasar)
7 biji lada hijau
7 biji cili padi
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1.5cm belacan

Cara:
1. Lumurkan ikan dengan sedikit garam dan kunyit. Goreng hingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
3. Masukkan serai, budu dan daun limau purut.
4. Masukkan serbuk pati ikan bilis, sedikit garam dan gula.
5. Akhir sekali perahkan air limau nipis ke atasnya. Gaul sebati.
6. Masak mengikut kepekatan yang diingini.
7. Tuangkan ke atas ikan goreng tadi.



 Jadi resepi Amie kali ini serba hijau.... lada tu kalau tak campur budu, memang berwarna hijau..... agaknya terpengaruh dengan tema hijau sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar sekolah kami pada hari Khamis ini, kerana dalam mesyuarat yang berakhir pukul 2 petang tadi, kami diarahkan memakai baju warna hijau.... he he heeee...

44 comments

  1. waduh! dah terasa2 kepedasannya tu kak amie. hehe... yg pedas tu la pembuka selera. :D

    BalasPadam
  2. tema hijau ye amie...cantik apa.
    teras kepedasannya tu...perrgghh

    BalasPadam
  3. Salam K.Amie,klu atie nambah cilipadi lagik nih!biar sampai tinge berasap baru sedap mkn..hihi

    BalasPadam
  4. sedap! sedap! suke resepi simple mcm ni...pedas2 mengancam!

    BalasPadam
  5. Umm Mymoonah,
    thanks for coming.....

    BalasPadam
  6. Asmara,
    nampak je hijau ye... dah rasa baru tahu berasap taknya ye... hi hi hi

    BalasPadam
  7. Kasih,
    ha'ah...hijau tua, hijauuda, hijau pucuk pisang...semua hijau ye...

    BalasPadam
  8. Azatie,
    memang tinge dah kuar asap nih...

    BalasPadam
  9. Nani,
    masakan org kampung memang sedapkan! simple2 je...jom makan!

    BalasPadam
  10. sedapnya!!...lagi pedas lagi sedap ni..:)

    BalasPadam
  11. woww pedas2 ni la best nyer.. mmg layan dapat lak ikan segar kan

    BalasPadam
  12. Assalam kak,uii yg pedas2 tuh yg sedap kan kak..Mmg membuka selera lauk yg pedas2 nih..

    BalasPadam
  13. Salam Amie...
    ikan kerapu grg berlada...hmmmm cam sedap g2 kan hehehe ambik resipi dulu ki3x thnks

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum Amie,
    Pekena dengan nasi panas panas terangkat ni Amie....

    BalasPadam
  15. nampak kepedasan dan kesedapannyer...kerapu tak jumpa pun kt Japan

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum akak...
    ikan kerapu goreng berlada nie nampak menyelerakan ler akak.. makan ngan nasi putih panas nie mmg best nie kan akak.. mmg nampak menyelerakan sekali..

    BalasPadam
  17. Saya pun ada beli ikan kerapu, tapi tak tau nak masak apa lagi. Boleh cuba resepi ni nanti...

    BalasPadam
  18. As'salam Amie

    CT tak pernah lagi masak macam ni, kalau makan pun masak 3 rasa atau dibakar jer. nampak sedap ni :)

    BalasPadam
  19. Nieza,
    memang tak boleh pisah dengan lada... bagaikan irama dan lagu, takde lada, tak pedas...,macam ada kekurangannya...

    BalasPadam
  20. Izah,
    biasanya yg pedas itulah yang membuka selera...terutama time perut lapar....

    BalasPadam
  21. Dana,
    walaupun warna hijau, terasa kepedasannya ye...

    BalasPadam
  22. Mama Hawa,
    sesekali tukar warna... yg hijau pun pedas jugak!

    BalasPadam
  23. Wattie,
    memang kena jumpa nasi panas & air panas jugak... baru berasap!

    BalasPadam
  24. Ida,
    takde kerapu takpe, boleh dgn ikan lain... he hehehh yg penting pedassss!

    BalasPadam
  25. Diana,
    memang sedap Diana, tak pandang dah lauk lain....

    BalasPadam
  26. Hazila,
    cubalah ....simple je memasaknya...

    BalasPadam
  27. CT,
    waktu mula2 pandai masak zaman remaja dulu, inilah salah satu menu yang sering menjadi pilihan Amie...

    BalasPadam
  28. Assalamualaikum Amie..


    Ikan Kerapu Goreng Berlada Memang Sedap! Lagi Kalau Masak Pedas2 Tentu Makan Tak Nampak Telinga!

    BalasPadam
  29. salam amie..
    wahh.. ada budu dlm sambal ni?? mesti sedappp!! boleh try ni... tp kita kena skip daun limau purut tu... nnt en abang komplen pulak.. hehe.. errrrr.. nnt jap.. nak ingat blk kat rumah ada budu ke tak ye... rasa2nya mcm dah abis stok aje.. alahaiii... KIV dululah gamaknya..

    BalasPadam
  30. Salam Kak Amie...Makan ngan nasi putih panas-panas ni memang syiokkkkk

    BalasPadam
  31. mengancam.. kebetulan pula kat rumah tadi emak saya pun masak lauk ni.. tp dgn ikan bawal.. nyum2.. pedas menyengat..

    BalasPadam
  32. Lin,
    betul tu... makan apa pun memang kita tak nampak telinga... hi hi hi

    BalasPadam
  33. Madiha,
    Amie susah nak habiskan stok budu.... takde geng budu, makan dgn suami aje...

    BalasPadam
  34. Salam Sue,
    pilihan yg tepat....memang makan dgn nasi putih panas2.... berasap!

    BalasPadam
  35. Hanis,
    lama Kak Amie tak makan ikan bawal, sedapnya....

    BalasPadam
  36. tema baju pun termasuk dalam tema masakan ye kak?hihi.. sedapnya ikan kerapu!bak secubit

    BalasPadam
  37. Sue,
    inilah kejadiannya kalau dalam kepala banyak sangat benda yg difikir... heheheh

    BalasPadam
  38. Kalau masakkan cili hijau ni kak Zai suka gantikan ayam sebab anak2 lebih suka makan ayam masak pedas,lagi sedap kalau ditambah dengan cili api berdesuppp....

    BalasPadam
  39. Amie, makan dengan nasi panas2 sedap tu...

    BalasPadam
  40. sekom kk amie.cam ne leh tersesat ke umah kita?

    waaaaaa......cantik n cute umah kkamie.leh belajo masak dr sini.mnta izin ya, nak copy resepi dari sini.

    BalasPadam
  41. Kak Zai,
    masa remaja dulu pernah baca dalam majalah URTV...resepi ayam masak hijau hasil masakan Amy Search.... semua warna hijau, guna lada hijau..

    BalasPadam
  42. Anie,
    makasih sudi datang umah Amie... gara2 tercium bau resepilah sampai tersesat masuk umah Anie... hi hi hi

    BalasPadam
  43. Ummi,
    jom... makan sama2, rebut2 ni yg best ni...he he hehe

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe