Ikan Baulu Panggang, Sambal Tempoyak & Ulam-Ulaman

10:35 PTG

Selamat malam semua. Hari ini Amie ingin kongsi lauk kampung. Amie panggang ikan baulu. Setengah orang panggil ikan bolu. Ikut sebutan dan loghat masing-masing kaum agaknya. Kalau di semenanjung rasa ramai yang masih belum kenal ikan ini sebab beberapa kali Amie masukkan blog, ramai yang tertanya-tanya apa nama ikan ini di sana. Di bawah nanti ada Amie masukkan gambar ikan baulu itu. Di Indonesia katanya, nama ikan itu ikan belanak sembawa. Orang Filipina pula panggil ikan 'bangos' manakala orang putih pula itu 'milkfish.



Panggang dalam oven, bukan atas bara.


Tempoyak di atas tu pemberian Nan, dibawa dari Terengganu. Sebab dia ni lelaki, katanya tak tahu nak masak apa, dibaginyalah satu tapau tempoyak. Tempoyaknya tak pula rasa masam seperti yang biasa Amie makan, ada rasa manis-manis sikit tapi bukanlah lempuk. Di sini tak ada tempoyak, sebab orang sini tak biasa makan tempoyak. Kalau ada durian lebih, Amie buat tempoyak sendiri... haaa... kalau dah terpaksa, memang semuanya pandai kita buat! He he hee... tapi sebenarnya sekarang belum ada sebiji durian pun yang dijual, lambat sikitlah msim durian di sini. Tadi sempat telefon anak buah, simpankan sikit tempoyak, raya nanti Amie nak angkut..... sorokkan dalam bagasi! Di bawah ini apa pula?  Inilah rupa ikan baulu alias bolu.... ha...dah nampakkan? Apa namanya kalau di semenanjung? Ikan baulu ini seberat 800 gram.



Dulu Amie tak pandai makan ikan baulu@bolu. Jiran sebelah suka bagi ikan baulu panggang, suami saja yang makan. Oleh sebab lebih tiga empat kali jiran hulur, Amie pun cubalah rasa ikan tu.... eh! sedaplah....! Mulai saat itu (4 atau 5 tahun lepas) Amie pun jadi'hantu baulu! Siap tanya dengan jiran, macamana dia panggang ikan tu.... rupanya dibubuhnya asam garam dan kunyit serta lada putih. Amie pun buatlah sendiri. Anak-anak pun suka makan tapi siap pesan, mesti renjis minyak bijan sebab mereka suka aromanya.




Jadi malam ini Amie pertemukan Ikan Baulu Panggang dari Sabah dengan Sambal Tempoyak dari Terengganu, dihiasi dengan ulam-ulaman tempatan termasuk lobak merah celur, kacang botol dan kacang bendi. Berpeluh-peluh anak-anak dan suami makan. Anak-anak pun pandai makan sambal tempoyak! Suami Amie mana pernah kenal tempoyak..... haa...bila dah kahwin dengan Amie, kena kahwinlah sekali dengan budaya kita kan.... barulah sporting namanya!



Jadinya malam ini kita makan menu kampung yang mudah disediakan. Amie perturunkanlah resepi jiran sebelah Amie seperti berikut:

Bahan-bahan:
2/3 ekor ikan baulu - bersihkan dan kelar-kelar
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
sedikit pati asam jawa
1/2 sudu lada putih - tumbuk
minyak bijan
daun pisang / daun kunyit

Cara:
1. Lumurkan badan ikan dengan garam, kunyit, dan asam jawa serta lada putih.
2. Alas dengan daun pisang / daun kunyit.
3. Bakar dalam oven sehingga masak.
4. Keluarkan dan renjiskan minyak bijan

Jadi 1/3 ikan lagi apa Amie buat? Amie tahu anak-anak sangat suka makan ikan baulu panggang lada putih dan direnjis minyak bijan, jadi bahagian kepala dan dada ikan Amie masak asam rebus. Masakan kegemaran Amie ini nampak gila-gila sikit sebab resepinya pun ikut kepala Amie. Amie masukkan bawang besar, asam keping, serai, kunyit, daun limau purut, tomato dan juga lada putih tumbuk. Tak tahu nak panggil resepi apa.



Bila masak rebus-rebus begini, kenangan bersama bonda pasti menggamit memori. Sambil makan, sempat lagi hirup kuahnya....slrurrrrppp!!!!!!

37 comments

  1. Amie, ummi tak pernah makan lagi ikan bolu ni..
    kecur airliur tengok sambal tempoyak dan ulam2 tu...

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum akak...
    tempoyak tu diana x perna lg tgk n makan.. huhuu... sedap ek akak... :) mmg dah lama teringin nak merasa tempoyak tp mmg susah nak dapat kat sabah kan akak.. bukan lg susah.. mmg x kan jumpa pun.. :D
    n ikan n ulam2an tu sgt sedap ler akak... makan ngan cicah sambal ker... mmg best kan akaka..

    BalasPadam
  3. kak amie!!! inilah ikan feveret nani kalau gi pasar simsim sandakan. mesti nk order ikan bolu...walaupun banyak tulang halus, tatap jua sabar...huhuh.. isinya lembut2, lemak2 gitu...sedapnya! dah lama tak makan ikan bakar simsim ni...

    BalasPadam
  4. Ummi,
    Amie rasa rugilah juga sebab sebelum ni tak makan ikan bolu... dah cuba sekali terus jadi hantu...keh keh keh...

    BalasPadam
  5. Waalaikumussalam Diana,

    dulu pun Kak Amie cari tempoyak sana sini... pernah sekali bila tanya tempoyak, penjual tu tunjukkan jeruk bambangan! hi hi hi...

    BalasPadam
  6. Nani,

    di Lahad Datu ikan ni dah naik harga... agaknya ramai yang dah tahu rasanya sedap,

    syukurlah terbuka hati nak rasa ikan ni, kalau tak.... rugi hi hi hiii

    BalasPadam
  7. tak tahan tengok sambal & tempoyak tu....plus ulam2an tu

    BalasPadam
  8. Kasih,
    sesekali pekena lauk kampung, sambal & ulam-ulaman...

    BalasPadam
  9. salam amie,
    ooo yang tu namanya ikan baulu ye. Pernah tengok tapi tak tahu nama.
    berselera tengok ikan bakar tu..

    BalasPadam
  10. salam amie..

    lamanya tak jenjalan.. rindu pulak rasanya..huhu..
    maklong macam pernah nampak ikan ni.. tapi tak pernah beli.. lepas ni boleh cuba..

    BalasPadam
  11. Salam Amie..
    ikan baulu tuh yg jenis ada tulang halus2 ke? Mmg blm pernah mkn ikan begini lagi kalau nak dicicah bersama tempoyak lagi...huhuhu

    BalasPadam
  12. best nye tu..dah kechuq airliur pagi2 ni..hehe thanks singgah dan komen blog ezay psl cupcakes tu..haha akak lagi sifoo..ezay tlg tgk je adik beradik buat :)

    BalasPadam
  13. Assalamu'laikum,woww nice blog,,nampak enak tuh masakanya,,,,membuatku hungry,,,boleh follow your blog yah,,,and singgahlaglah to my blog,be my follower,,thanks

    BalasPadam
  14. As'slam Amie

    Lamanya ct tak kemarikan, maaflah ya sibuk menjahit jer ni :)

    CT pun tak pernah lagi makan atau dengar ikan baulu ni amie. agaknya kalau nampak pun ct tak kenal langsung..hihihi. ikan yang mudah2 dan pernah makan tulah yang ct kenal.

    kena bukak kamus anak2 yang ada gambar ikanlah kot baru tahu nama ikan2 ni semua..hehehe

    BalasPadam
  15. Ibundo,
    Amie ikut2 saja sebutan orang sini...baulu pun baululah... he he he macam kuih baulu pulak ye...

    BalasPadam
  16. Maklong,
    harap samalah ikan yang maklong maksudkan dengan ikan yang Amie paparkan tu..he he heh

    BalasPadam
  17. Mama Hawa,
    betul tu, ada tulang halus-halus lembut tapi tak setajam tulang terubuk...

    BalasPadam
  18. Ezay,
    terima kasih kembali sudi datang blog Kak Amie...

    BalasPadam
  19. Detea,
    terima kasih sudi datang sini & follow, nanti Kak Amie datang rumah ye...

    BalasPadam
  20. CT,
    betul tu... kena buka kamus ikan... he hehehh

    oleh sebab di sini banyak dijual, dan orang pun banyak yang makan... kita pun apa lagi...sedap pulak tu!

    BalasPadam
  21. hari ni ucu tertinggal bas lagi...alamat dah habislah ikan bakar tu...
    takpe..jap lagi ucu nak lunch ikan keli bakar kt restoran sebelah...(ayat lapor tak dpt ikan baulu ni...)
    tapi kt restoran tu takde sambal tempoyak la pulak...tak leh lawan k.amie jugak rupenya..semua lengkap dari sabah sampai ke terengganu...

    BalasPadam
  22. Ucu,
    lauk pun boleh merentas lautan ye... jumpa dalam kuali...

    BalasPadam
  23. Salam Amie,

    Masa gi Sabah dulu, ada jalan-jalan kat pasar simsim...borong ikan tp tak beli ikan nie wp penjual tu puas promote katanya sedap. Seronok kat sana sbb makanan laut murah.

    BalasPadam
  24. assalam kak amie ,kalau tak salah kat penang panggil ikan susu ,tp menurut penjual org indon yg suka ,banyak tulang tak kak

    BalasPadam
  25. Kak Zai pernah tengok ikan ni kat pasar tapi tak pernah beli,lagi pun tak reti nak masak.Nanti kalau terjumpa nak cuba macam Amie masak.

    BalasPadam
  26. Bdaria,
    setakat ini harga ikan masih dalam kawalan, memang agak murah berbanding di semenanjung....

    kalau Amie balik Selangor, selalu berkira masa beli ikan, tak banyak pilihan ikan tapi harganya memang mahal ...

    BalasPadam
  27. Chik Mimi,
    betul tu, ikan susu...orang putih panggil milkfish,

    orang Filipina pun suka ikan ni, memang Indon pengeluar terbesar ikan ini,

    banyak tulang tapi pada bahagian tertentu sahaja, halus2 dan lebih lembut berbanding tulang terubuk.

    BalasPadam
  28. Kak Zai,
    Amie dulu buat tak nampak ikan ni kalau pi pasar, dah beberapa kali jiran bagi...rasanya boleh masuk tekak, Amie pun terus jadi penggemarnya...

    BalasPadam
  29. kak amie akak punya menu kalau tak buat ita leleh air liur tak sah tau.. sedap2 nya kak.. rasa nak pergi je makan rumah akak betul2 tau

    BalasPadam
  30. Juwita,
    menu kampung je Ita... itulah yang biasa dimakan bersama keluarga, ringkas dan mudah penyediaannya...

    BalasPadam
  31. ikan baulu pula..rasa mcm penah tgk ikan ni kat TM...may be org sini panggil nama lain..tp mieza mmg tak penah makan ikan ni..kak amie ni mmg suka mkn ikan..byk protien..bagus utk kesihatan..mieza mkn ikan kerisi je hr ni huhuhu

    BalasPadam
  32. Mieza,
    memang ada nama lain untuk ikan ini, ikan susu, ikan bangos (Filipina)belanak sembawa (Indonesia), Milkfish (Inggeris)... dengar kata orang utara panggil ikan susu...

    BalasPadam
  33. Assalam amie...

    kat sini pun ada terjual ikan ni.. kat kedai tulis nama ikan susu.. agaknya ikut nama org putih milkfish tu kot.. hehehe... sy tak pernah cuba lg ikan ni... sedap ye?
    entah kenapa kalau ikan yg tak pernah mkn semasa bersama2 mak dulu.. bila dah kawin ni rasa takut2 pula nak mencuba..

    BalasPadam
  34. Waalaikumussalam Madiha,

    masa tinggal bersama bonda pun, Amie banyak tak kenal ikan tapi,
    banyak pula ikan yang dijumpa bila dah kahwin... keluarga mentualah yang bertanggungjawab memperkenalkan Amie kepada banyak jenis ikan di sini...mulanya tak berani makan, tapi bila dah rasa...tak mahi berpaling lagi he heheheh

    BalasPadam
  35. bila nak tempa ikan bolu tanpa tulang lagi sedap segar fresh call 0109546414

    BalasPadam
  36. bila nak tempa ikan bolu tanpa tulang lagi sedap segar fresh call 0109546414

    BalasPadam
  37. Salam.. kalau nak oder ikan Baulu Tanpa Tulang.. kita boleh SUpply.. Direct dari Sabah Kota kInabalu..

    hubungi saya 0143104515

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe