ADSENSE

Ahad, 5 Jun 2011

Udang Harimau Masam Manis

Sumber     : Majalah SAJI Oktober 2008
Resepi       : Udang Harimau Masam Manis
                   Chef Mohd Jasmin Mohd Zan, Hotel Nikko, Kuala Lumpur.
Nampaknya cuti kali ini macam nak balas dendam saja.... dendam masaklah, apalagi.... he he he. Lagipun asyik terperap duduk di rumah, buka pintu pun.... habis habuk menerpa masuk. Ini tak lain tak bukan kes jalan raya yang tak siap2 lagilah tu.... nak jemur pakaian pun susah. Apa tidaknya, melekat habuk2 dekat jemuran kita. Masih meneruskan usaha memahirkan diri memasak, kali ini Amie cuba resepi dari Majalah SAJI keluaran Oktober 2008. Resepi ini memenuhi ruangan hidangan buat tetamu istimewa, dan kebetulan ada simpanan udang harimau dalam peti sejuk, jadi Amie putuskan untuk menghidangkan yang 'istimewa' ini buat suami dan anak-anak di rumah. Amie masakkan nasi briyani untuk dinikmati bersama resepi ini. Rasa udang memang kita sudah tahu, udang harimau agak keras sedikit isinya... yang Amie guna udang harimau laut, tetapi yang Amie suka sangat resepi ini ialah rasa sambal atau sosnya yang sungguh istimewa..., cubalah dan pasti tidak mengecewakan.


Bahan-bahan:
800 gram udang harimau
2 helai daun kunyit
5 helai daun limau purut
2 sudu besar sos tomato
12 biji anggur merah
1/2 cawan nanas masak (potong dadu)
1 biji epal hijau (potong dadu)
garam & gula
50ml air

Bahan kisar:
15 biji lada kering
10 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih
2 batang serai





Cara:
1. Goreng udang harimau hingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar hingga wangi.
3. Masukkan sos tomato, daun kunyit dan daun limau purut.
4. Masukkan air dan kacau sebati.
5. Masukkan garam dan gula.
6. Akhir sekali masukkan nanas, epal hijau, anggur merah dan udang harimau.
7. Kacau perlahan-lahan hingga rata kesemua bahagian.
8. Angkat dan hidangkan bersama nasi briyani Bombay.


2 ulasan:

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

salam k.amie...sedap tue udang harimau masak masam manis..mmg puas mkn udang!

Amie berkata...

azatie,
salam... anak2 kata yg sedap sosnya...he he he