ADSENSE

Ahad, 5 Jun 2011

Salmon Panggang Sos Oren

Sumber:           Buku Resepi Makanan Barat
                       Chef Hanieliza
Resepi Asal:    Salmon Panggang Dengan Sos Oren
Apa khabar semua? Harap sihat walafiat, di samping menjalani ibadah puasa di bulan Rejab dan juga ada yang memenuhi undangan ke majlis perkahwinan. Nampaknya, Amie dah mula menyelongkar buku-buku resepi dan seperti yang dihajatkan, memang Amie berusaha untuk mencuba pelbagai resepi baru dengan tujuan memahirkan diri dalam dunia masakan. Selepas siapkan sarapan bagi...(rasa tak selera nak makan), Amie cuba buat 1 keping saja salmon panggang sos oren, cuba-cuba dulu untuk hidangan seorang... sebab sebelum ini Amie memang belum pernah masak ikan salmon,( makan pelbagai resepi ikan salmon memang ada), takut tak menjadi pula.  Alahai... lembutnyalah ikan salmon, dengan sisiknya yang terpaksa dibuang berhati-hati takut melukakanlah pulak bahagian yang lain... Idea asal resepi ini Amie ambil daripada Buku Resepi Makanan Barat oleh Chef Hanieliza, iaitu cara penyediaan ikan salmon panggang dengan sos oren tetapi bahan yang lain seperti kentang panggang dan lobak celur, Amie gunakan sahaja apa yang memang ada di dapur. Maknanya kita ubahsuailah dari resepi asal...


Bahan-bahan:
1 keping ikan salmon
1/2 sudu makan serbuk oregano
1/2 sudu makan serbuk lada hitam
1 biji oren Sunkist
1/2 sudu makan sos Worchestershire ataupun Lea & Perrins
1/2 labu bawang besar (cincang)
1 biji kentang pink australia (potong wedges)
2 batang lobak merah australia (celur)
5 potong brokoli (celur)
5 biji tomato ceri
mentega
garam

Cara:
1. Gaul kentang dengan serbuk oregano dan lada hitam.
2. Panaskan mentega di dalam kuali non stick dan susun kentang di atasnya. Balik-balikkan hingga masak. Angkat.
3. Sapukan sos Worchestershire, serbuk oregano dan serbuk lada hitam serta sedikit garam pada ikan salmon.
4. Perapkan seketika ikan salmon bersama 1/2 biji perahan air oren Sunkist.
5. Bakar ikan salmon di dalam kuali non stik sehingga masak. Angkat.
6. Untuk sosnya pula, perahkan lebihan 1/2 biji oren Sunkist di dalam kuali non stick.
7. Masukkan bawang besar dan sedikit serbuk lada hitam.
8. Susun ikan bersama bahan-bahan lain di dalam pinggan.
7. Tuangkan sos oren ke atas ikan salmon panggang tadi.

~Chef Hanieliza sediakan kentang goreng tapi Amie buat kentang bakar~



Tiada ulasan: