Ikan Baulu Gulai Tempoyak, Sambal Kelapa & Ulam

7:43 PG

Bertemu kembali rakan-rakan blogger masakan yang disayangi. Seronok bertandang ke rumah rakan-rakan yang pandai masak macam-macam resepi. Rasa rugi sangat kalau tak belajar, menimba ilmu dalam dunia masakan yang bagaikan lautan tak bertepi ini. Dengan mengadakan lawatan sambil belajar ke dapur-dapur anda semua, timbullah sedikit minat untuk menceburkan diri dalam dunia kuih-muih, dessert, dan segala macam yang nampaknya sedap & cantik-cantik belaka. Wokey.....cerita Amie seterusnya tentulah tentang menu hidangan malam. Oleh kerana selera sudah kembali menguasai diri, macam-macamlah yang nak dimakan. Asyik terbayang di ruang mata masakan tempoyak....sekejap teringin nak makan sambal tempoyak, sekejap rasa kecur liur teringat sambal kelapa yang bonda buatkan untuk hidangan kami sekeluarga masa kecik2 dulu. Mana satu nak dimasak ni? Patutnya kalau dah buat sambal kelapa siap dengan ulamnya sekali, ikannya pula molek dibakar.... tapi sebab tamak sangat nak makan tempoyak, ikan pun jadi mangsa keadaan...jadi gulai tempoyak pula. Amie gunakan ikan baulu. Mungkin ada yang tak kenal ikan baulu atau milkfish, dan orang Filipina panggil ikan bangos. Rasanya lembut seperti ikan salmon tapi ikan baulu lebih 'kedaratan'... maksud Amie ada sedikit rasa ikan siakap dan ikan talapia.



Ikan Baulu Gulai Tempoyak.... Amie gunakan kunyit hidup sebagaimana yang disarakan rakan Amie, Zanariah. Amie juga masukkan beberapa biji cili padi tumbuk, tak buat pedas sebab sambal kelapa di bawah ni Amie bubuh lebih cili padi. Lagi pun anak-anak tak boleh makan yang terlalu pedas.


Sambal Kelapa .... Amie ikut cara bonda. Gunakan bawang merah mentah sebab bila bertemu dengan kelapa, aromanya akan naik dan menghidupkan selera. Amie hidangkan bersama ulam raja dan kacang botol segar. Semasa ambil daun kunyit  dan isinya di belakang dapur, terpandang pegaga tapi malas nak ambil sebab dia merayap di bawah pokok bunga ros.....uiiii....nanti lenganku tercalar kena duri pokok bunga tu.


Mudah saja untuk menyediakan sambal kelapa. Gunakan kelapa yang baru diparut, kalau yang keluar dari freezer, kuranglah sedikit kelazatannya.

Bahan-bahan: (untuk Amie & pakwe saja)
1/2 cawan kelapa parut
1 sudu makan udang kering (rendam)
1 biji lada merah
7 biji cili padi
2 biji bawang merah
2 biji limau kasturi (ambil airnya)
garam & gula

Cara:
1. Tumbuk cili padi dan cili merah serta bawang merah hingga lumat.
2. Masukkan kelapa dan tumbuk hingga separuh lumat.
3. Masukkan udang kering dan tumbuk lagi.
4. Masukkan secubit garam dan sedikit gula.
5. Perahkan air limau kasturi.
6. Gaul rata dan letakkan di atas piring.
7. Hidangkan bersama ulam raja dan kacang botol.



Untuk gulai tempoyak pula, Amie gunakan 1 ekor ikan baulu seberat 700gram. Ikan ini memang berlemak terutama di bahagian perutnya. Sisiknya kecil-kecil dan nipis. Selain itu tulangnya juga halus.... lebih halus dari tulang ikan terubuk.

Bahan-bahan:
1 ekor ikan baulu - bersihkan dan potong 5
3 sudu makan tempoyak
4 biji bawang merah - tumbuk
4 biji bawang putih - tumbuk
5 biji cili padi - tumbuk
5cm kunyit hidup - tumbuk
2 biji bawang besar - belah 2
1 labu bawang besar - mayang
2 batang serai - ketuk
1 helai daun kunyit - siat
garam
500ml air

Cara:
1. Masukkan semua bahan tumbuk bersama serai dan tempoyak dan air ke dalam periuk / kuali.
2. Setelah mendidih, masukkan ikan dan masak selama 5-7 minit. Jangan terlalu lama sebab isi ikan baulu sangat lembut.
3. Masukkan daun kunyit, lada merah dan bawang besar.
4. Perasakan dengan garam dan jika suka boleh masukkan sedikit gula.
5. Angkat dan hidangkan.

Mudah bukan? Sambil menunggu ikan masak, bolehlah sediakan sambal kelapa. Apabila nasi sudah masak, terus hidangkan semasa masih panas! Selamat menjamu selera....

24 comments

  1. Salam K.Amie...gulai tempoyak ngan sambal kelapa tue mmg poberet atie!!!!.Tggu sat,atie nak dtg bawak pinggan nih!

    BalasPadam
  2. salam kak amie..sedapnye gulai tempoyak..ikan baulu?xpenah dgrla kak, ke kat jepun ni ade jugak ikn mcm ni?rs mcm penah jumpa,tp xtau nama la pulak..dah lm xmkn kcg botol..

    BalasPadam
  3. ikan baulu??? ikan apa ek ker nama lain org pangey kat semenajung nie?

    BalasPadam
  4. Saya baru nak tanya, ayu dah tanya dulu. First time dengar ni.

    BalasPadam
  5. azatie,
    kak amie tunggu ni kat pintu dapur ni....datanglah...

    BalasPadam
  6. Kamalia,
    ikan baulu ni di Sabah je kak amie jumpa...tp org putih kata milkfish namanya...

    BalasPadam
  7. Lady Ayu,
    kak amie tak tahu apa nama di semenanjung, ada ke ikan ni yek? kalau di Indonesia orang kata namanya ikan belanak sembawa / sumbawa...seingat kak amie...belum pernah jumpa ikan ni kalau balik kg

    BalasPadam
  8. hazila,
    takpe,mana yg tak tahu kak amie bagi tahu...

    BalasPadam
  9. oh nooooo sedapnyaaaa rasa nak terus balik rumah dan cuba masakan ni...

    BalasPadam
  10. hanis,
    buat cukup2 je...jangan lebih dan jangan kurang...

    BalasPadam
  11. salam k.amie...amboi2 siap buat sambal kelapa lagi...yg tak tahan tu gulai tempoyak..
    akak tak de plan nk tukar sek dekat2 dgn meru ni ke...kalau ada lg senang kita btukar2 mangkuk..hehehe..

    BalasPadam
  12. Zaitun,
    terima kasih sudi datang dapur amie.

    BalasPadam
  13. ucu,
    pakwe kak amie org sinilah ucu...
    hehe hehehe... kak amie tak mo tukar2 mangkuk....kosong! nak
    tukar2 lauk dgn cake...heheheh

    BalasPadam
  14. sambal kelapa tu mmg feveret saya.. klu ada menu tu kat rumah, mmg berselera benar saya makan.. resepi akak pun mcm resepi mak saya juga.. masak tempoyak mmg jarang buat sebab en.asben tak makan.. jdnya klu nak makan masak tempoyak mmg selalu beli kat kedai aje..

    BalasPadam
  15. hanis azla,
    memang sedap sambal kelapa, tapi tak boleh buat lebih2...nanti basi pulak, kak amie malas nak kukus dulu, tu sbb buat cukup2 je makan dgn pakwe...sbb kalau buat lebih, tak boleh berhenti makan haaa..hahahah

    BalasPadam
  16. As'salam Amie

    Ikan baulu, pertama kali dengar tau pun mungkin pernah nampak cuma nama ikan ni lain2 sikit kot. biasa lah lain negeri lain pulak gelarannya kan. apa pun lauk dari amie ni memang membuka selera sesiapa saje yang bertandang kesini.

    Ditambah pula ada ulam2 kampung emm..memang mengoda iman kalau duduk serumah dengan amie ni..hihihi semuanya sedap2 belaka.

    BalasPadam
  17. ct,
    ini jelah menu harian kampung style yg disediakan utk keluarga...sbb hanya sempat masak sehari sekali je kalau time sekolah....

    BalasPadam
  18. nak tumpang semangkuk..sedap makn ngan nasi panas2 kalau menu tempoyak nih

    BalasPadam
  19. kak amie! kalau gi pasar simsim sandakan, mesti sy order ikan bolu bakar tu. sedapnya...lebih2 lagi bahagian kepala..walaupun banyak tulang tp sabar jugak makan sebab isinya lembut, sedap sgt...kt semenanjung tak pernah jumpa la pulak.(ke sy je yg tak kenal ikan?) huhu

    BalasPadam
  20. anna,
    boleh....amie masak lebih ni...kuahnya...hehheehhee

    BalasPadam
  21. nuwairani,
    memang kak amie belum pernah jumpa ikan ni di semenanjung, ini pun baru je bbrp tahun makan sbb lebih 3 kali jiran bagi bolu panggang tp suami je makan, kali ke 3 kak amie cuba rasa sikit... eh sedaplah! sejak tu sampai sekarang jadi hantu bolu...suka tang kepala (pipinya tu) dan perutnya yg ada lemak hitam tu...wah kak amie dah ada geng bolu.

    BalasPadam
  22. memang kombinasi menu yang best!sambal kelapa, emak selalu buat sebab kalau saya buat tak sesedap emak buat:D

    BalasPadam
  23. Ixora,
    air tangan ibu sudah semestinya sedap!

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe