ADSENSE

Ahad, 5 Jun 2011

Briyani Bombay

Sumber:    Majalah Perempuan Chef'
                Sajian Tradisi Popular
Resepi :    Briyani Bombay
Hari ini Amie tak masak campak-campak macam selalu. Sebab masa pun banyak terluang, Amie pun cuba fahami selok-belok buat nasi briyani. Macam-macam jenis nasi briyani yang boleh dihasilkan. Kalau buat rumah terbuka dan sebagainya, memang Amie suka masak nasi briyani atau nasi minyak tapi biasanya tak sempat nak jamah... sebab sibuk, dan akibat keletihan masak dan layan tetamu... selera kita pun hilang. Rasa kenyang bila tengok tetamu makan. Walaupun tak ada beras Basmathi dalam simpanan, tapi kita masih boleh menghasilkan nasi briyani menggunakan beras wangi atau beras Siam. Kalau tak ada juga, guna beras biasa pun boleh. Yang istimewanya kalau kita guna beras Basmathi, nasinya mengembang 3 kali ganda dari beras biasa..... sebab beras tu makan air, lembut dan halus kurus cantik terurai....... kalau kita kukus. Memang Amie suka gunakan pengukus sebab tak perlu risau nasi akan mentah, keras atau lembik, sebab kita kembangkan dulu beras dan kemudian pindahkan ke periuk pengukus untuk lebih kembang akibat terkena wap kukusan. Lagipun, lambat basi tau... jadinya, memang sekali lagi Amie ubahsuai resepi ini... sebab cara masaknya Amie ubah dari masak dalam rice cooker kepada masak gunakan pengukus....


Bahan-bahan:
3/4 kg beras wangi (sebaik-baiknya beras Basmathi)
200ml air
200ml susu cair
2 kiub pati ikan bilis
1/2 sudu teh pewarna kuning telur
1/2 sudu teh pewarna kuning oren

Bahan kisar:
3 biji buah pelaga
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1.5cm halia
1 sudu makan rempah kurma
3 biji lada hijau

Bahan tumisan:
1 sudu teh serbuk jintan manis
5cm kulit kayu manis
3 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar marjerin



Nasi Briyani Bombay yang sudah masak dalam periuk pengukus.

Cara:
1. Panaskan minyak sapi dan marjerin dalam kuali.
2. Tumis semuabahan tumisan dan  bahan kisar sehingga naik bau.
3. Masukkan pati ikan bilis serta beras dan gaul rata.
4. Masukkan susu cair dan juga air.
5. Kacau sekali-sekala supaya tidak berkerak.
6. Apabila nasi sudah kembang dan mengering, pindahkan ke dalam periukpengukus.
7. Kukus selama 15 minit.
8. Buka tutup periuk dan titikkan warna-warna di atas nasi dan tutup kembali.
9. Apabila nasi telah masak, kaup nasi supaya warna-warna tersebar merata.
10. Angkat dan hidangkan bersama udang harimau masam manis.




Jemput makan yea... jangan malu-malu, makan nasi briyani tempat orang kahwin tak sama dengan masakan dari dapur Amie... he he he

6 ulasan:

whitecappuccino berkata...

sedapnyerrr!!

Lovely Kitchen berkata...

salam sis...tq sudi singgah n komen d Lovely Kitchen...salam kenal juga dari E-na...lapar perut tgk nasi beriyani akak ni!!!

CT Delima berkata...

As'salam ....sukanya kalau dapat makan nasi briani. kena pulak dengan lauk pauk sangatlah sedapnyaaaa..

Amie berkata...

whitecappuccino,
meh jemput makan.... jgn malu2 yea...

Amie berkata...

lovely kitchen,
salam juga... ada lagi nasi ni... boleh join sekali.. he he

Amie berkata...

ct delima,
mmg nasi briyani sedap... nakpula yg macam2 cara masaknya kan.