ADSENSE

Isnin, 2 Mei 2011

Sagol Pari & Putu

Assalamualaikum semua, selamat bercuti kepada yang bercuti dan selamat bekerja kepada yang 'terpaksa' bekerja pada hari ini. Dah masuk bulan Mei, ... dan nampaknya banyak rancangan Amie untuk bercuti bersama anak-anak ke Kota Kinabalu terpaksa ditunda. Amie teringin pergi ke HONGKOD, di Penampang. Nak tengok persembahan kebudayaan sempena Pesta Kaamatan hujung Mei ini. Nampaknya awal-awal lagi terpaksa batalkan rancangan kerana pada tarikh yang sama ada majlis kahwin keluarga terdekat..... tak tahu bila masa yang sesuai untuk membawa anak2 (dah janji ke Ladang Teh Sabah dan merendam kaki di Tagal... dan ikan2 akan urut kaki kita...),  best tau..... Wokey kita lihat yang di bawah ini (resepi April yang terlewat masuk...) resepi 'sagol pari',... dah tiba masanya Amie masak sendiri sebab selama ini asyik 'suruh' kawan bawa ke sekolah. Apa pun terima kasih Feliza kerana pernah bawakan Amie masakan sagol pari ini.  Masakan ini ada dalam buku Resepi Masakan Sabah dan masakan sagol pari memang tidak ada perbezaan dengan resepi  kawan-kawan kaum Bajau yang lain. Biasanya sagol pari dimakan bersama 'putu' iaitu sejenis lagi makanan tradisi masyarakat Bajau yang diperbuat daripada ubi. Yang Amie masukkan dalam gambar di bawah ni ialah putu yang sudah siap dimasak dan dibungkus. Beli di gerai... banyak lauk lain boleh dimakan bersama putu misalnya lawar, kilau dan ikan panggang. Ada masa nanti Amie masukkan pula resepi itu ye.... kita kenal-kenal pula dengan lawar & kilau.


Bahan-bahan:
500 gram ikan pari segar
5 biji bawang merah (tumbuk)
5 biji bawang putih (tumbuk)
1.5cm halia (tumbuk)
1 cawan air rebusan ikan pari
2 batang serai (diketuk)
1 sudu serbuk kunyit
10 biji cili padi
minyak
garam & gula

Cara:
1. Rebus ikan pari bersama serai hingga masak. Toskan airnya dan biarkan sejuk. Carik-carik isi ikan dan buangkan tulangnya. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis semua bahan tumbuk hingga wangi.
3. Masukkan serbuk kunyit dan isi ikan pari.
4. Masukkan air rebusan ikan pari dan biarkan seketika.
5. Masukkan cili padi, garam dan gula.
6. Sagol pari sedia untuk dihidangkan.
7. Makan bersama putu.
~makan dengan nasi pun boleh~


Ini gambar resepi Masakan Sabah..... sagol tu beza warnanya dengan sagol yang Amie masak sebab ... lihat sendiri gambar masakan Amie. Yang Amie masak tu sebenarnya yang biasa Amie makan dan beli, dan juga yang pernah Amie makan (kawan2 masak) di tempat Amie.... Lahad Datu.

Tiada ulasan: