ADSENSE

Sabtu, 14 Mei 2011

Mee Hoon Goreng

Lama tak goreng mee hoon untuk sarapan pagi. Maklumlah, tiap2 hari anak beranak sarapan di kantin masing-masing. Nak makan mee, mee hoon, nasi lemak, nasi kuning, kuih muih... semua main tunjuk saja. Sesekali teringin juga masak sendiri. Dah empat lima hari lepas rasa sakit kepala masih juga terasa. Tak boleh layan sakit, nanti berpanjangan. Lebih baik buat sesuatu yang boleh menyihatkan badan.  Hari ini Amie anak beranak tidak ada aktiviti kokurikulum. Hanya suami seorang yang terpaksa ke sekolahnya, menyiapkan kerja yang belum selesai. Pesannya, kalau masak tengahari nanti...makanlah dulu dengan anak-anak. Hmmm..dulu, Amie suka goreng mee hoon dengan udang kering. Wangi baunya. Gunakan lada kering dan bukannya cili boh. Jadi, saja je pagi ni tumbuk lada kering....berpeluh-peluh juga dibuatnya tumbuk 10 biji lada kering. (Bukan kisar- guna blend).

....ralat: tarikh dlm kamera 2/1/2007... patutnya hari ini 14/5/2011
Bahan-bahan:
9 keping mee hoon (rice vermicelli - 6 keping sebungkus - rendam dengan air sejuk hingga kembang)
20 ekor udang kertas (buang kulit dan belah tengah)
1/2 cawan udang kering (rendam & tumbuk)
10 biji lada kering (tumbuk)
7 biji bawang putih (tumbuk)
7 biji bawang merah (tumbuk)
4 biji lada hijau (hiris)
1 1/2 sudu serbuk pati ayam
minyak

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan tumbuk hingga pecah minyak.
2. Masukkan udang kertas dan goreng lagi hingga masak.
3. Masukkan lada hijau, dan mee hoon.
4. Jika mee hoon terlalu kering, masukkan sedikit air panas.
5. Masukkan serbuk pati ayam.
6. Mee hoon goreng siap untuk dihidangkan.

~jika suka, hiaslah dengan tomato, telur, limau kapas dan daun sup~

Tiada ulasan: