ADSENSE

Khamis, 5 Mei 2011

Kerabu Mangga Muda

Ada mangga mudalah.... wangi dan masih bergetah! Apa lagi yang ada dalam dapur yang boleh digandingkan dengan mangga muda ni..., hmmm... buat macam biasalah ikut apa bahan yang ada. Nak buat sambal belacan, malaslah pulak... dah jemu dengan bau belacan!  Kebetulan nak masak rendang ayam, bolehlah minta sikit kerisik kelapa untuk kerabu mangga. Alahai... udang kering habislah... tak apa, ada ikan bilis sebagai gantinya. Wah... cincang + cincang + cincang = siap dah kerabu mangga muda Amie. Kejap lagi adalah tukang ratahnya tu....



Bahan-bahan:
4 biji mangga muda (cincang)
1 cawan kerisik (tumbuk jangan terlalu lumat)
1 cawan ikan bilis (tumbuk kasar)
2 batang serai (mayang halus)
1 labu bawang besar (mayang halus)
3 biji bawang merah (mayang halus)
7 biji cili padi (hiris nipis)
1 sudu sos ikan
1 sudu gula

Cara:
1. Campurkan kesemua bahan hirisan ke dalam sebuah bekas.
2. Masukkan gula dan sos ikan. Gaul sebati.
3. Biarkan selama 20 minit sebelum dihidangkan.


Tiada ulasan: