ADSENSE

Selasa, 3 Mei 2011

Ikan Sembilang Masak Lemak Cili Padi

Dah lama Amie tak ke pasar beli ikan dan sebagainya.Tugas ini diambilalih oleh suami semenjak dua menjak ni. Terima sajalah apa yang dibeli dan dibawa pulang. Dulu, kawan Amie ni tak pandai beli ikan. Selalulah Amie merungut tentang ikan yang dibelinya... buruklah, dah tak segarlah dan macam2lah kecerewetan Amie. Lama-lama pandai pula dia beli walaupun Amie tak ikut sama. Dia dah tahu jenis ikan yang bagus... warna ikan tidak pucat (nampak segar), kalau ikan bersisik, pastikan sisiknya masih penuh sebab kalau sisik sudah hilang sebahagian, itu bermakna ikan tersebut sudah tidak segar lagi. Di samping itu, kena lihat matanya dan... dan.... dan.... akhirnya dia pandai tengok insang ikan untuk menandakan ikan baru atau ikan lama. Masalahnya, bila suatu hari (bercuti di kampung di Selangor), suami Amie ke pasar untuk beli ikan di Sungai Buluh tapi balik dengan tangan kosong. Amie tanya, tak ada ikan ke? Taklah.... tak berani beli sebab ada lalat hurung ikan... Lailahaillallah.... baru Amie teringat selama ini ikan-ikan yang dijual di pasar (Lahad Datu, Kunak, Tawau dsb di Sabah) memang jarang ada lalat sebab kebanyakan ikan yang dijual segar-segar belaka. Ha... itu pasal ikan segar dan ikan tak segar. Hari ini Amie masak ikan sembilang... suami kata (beli hari Ahad), ikannya sudah dipotong-potong dan bila Amie tengok, agaknya datuk sembilang kot.... sebab saiz besar....


Bahan-bahan:
5 keping ikan sembilang
500ml santan
15 biji cili padi (tumbuk)
1.5cm belacan (tumbuk)
5 biji bawang merah (tumbuk)
5 biji bawang putih (tumbuk)
1 batang serai (dititik)
2 keping asam gelugur
1/2 sudu serbuk kunyit
garam & gula

Cara:
1. Masukkan kesemua bahan tumbuk, asam keping, serbuk kunyit dan serai bersama santan.
2. Jerangkan di atas api dan masukkan ikan sembilang. Masak di antara 10-12 minit.
3. Kacau sekali sekala sehingga mendidih dan tidak pecah santan.
4. Masukkan garam dan gula.
5. Ikan sembilang masak lemak cili padi siap untuk dihidangkan.


Tiada ulasan: