ADSENSE

Khamis, 5 Mei 2011

Ayam Masak Rendang


Bahan-bahan:
8 keping daging ayam
500ml santan
2 sudu serbuk kari
2 kuntum bunga lawang
3cm kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
1/2 sudu serbuk kunyit
1/2 sudu serbuk ketumbar
1/2 sudu serbuk jintan putih
1/2 sudu serbuk jintan manis
1/2 sudu pati asam jawa (bancuh dengan sedikit air)
sehelai daun kunyit
3 helai daun limau purut
5 sudu kerisik
minyak
garam & gula

Bahan-bahan kisar:
10 biji lada kering
7 biji bawang merah
7 biji bawang putih
1.5cm halia
1.5cm lengkuas
3 batang serai

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar sehingga wangi.
2. Masukkan serbuk kari, serbuk kunyit, jintan putih, jintan manis, ketumbar, kulit kayu manis dan bunga lawang serta buah pelaga.
3. Masukkan air asam jawa dan tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan daging ayam dan balik-balikkan hingga layu.
5. Masukkan santan, garam dan gula.
6. Gunakan api sederhana perlahan sehingga daging masak.
7. Masukkan kerisik, daun kunyit dan daun limau purut. Kuah jangan terlalu kering.
8. Ayam masak rendang siap untuk dihidangkan.




Tiada ulasan: