ADSENSE

Ahad, 17 April 2011

Ikan Alu-Alu Masak Taucu ( Sweet Yellow Bean)

Ikan alu-alu yang dibeli Ahad lepas panjangnya lebih 2 kaki. Jadi Ahad minggu ini habiskan stok dalam peti sejuk. Ada lima keping ikan alu-alu. Memang Amie sengaja simpan 5 keping ikan untuk setiap satu bekas supaya mudah dikeluarkan untuk direndam, dan dimasak. Maklumlah, 5 beranak..., kalau ikan mesti 5 keping atau bahagian, kalau ayam 10 bahagian, kalau udang 20 ekor.... he he...kebetulan 'tupperware' yang digunakan tu macam 'sporting' pula sebab cukup muat dengan jumlah yang dibahagikan. Itulah kelebihannya kalau kita ada 'tupperware', macam2 saiz ada... tapi pastikan 'tupperware' kita original dan bukannya 'plastikware'.... apa pun 'ware'nya tak kisahlah,pakailah ana-mana pun. Yang penting makanan kita tersusun rapi dalampeti sejuk dan mudah untuk kita kenalpasti isinya.... Berbalik cerita ikan alu-alu masak taucu ini, sebenarnya beberapa tahun yang lalu Amie sering makan masakan ini di kantin. Bila dah tukar pengusaha kantin, hilanglah juga resepi itu. Sebab rasanya yang sedap, Amie  masak resepi ini dan anak-anak pun tambah nasi 2 kali.... bapanya tak makan sebab ada 'bekalan' pecal dari kampung....(harap perutnya tak kembung makan banyak kangkung)...


Bahan-bahan:
5 keping ikan alu-alu
5 biji bawang putih (tumbuk)
5 biji bawang merah (tumbuk)
1 labu bawang besar (hiris)
2 biji lada merah
2 biji lada hijau
4 sudu taucu
1/2 sudu gula
1/2 sudu garam
1/2 sudu serbuk kunyit
1/2 sudu tepung jagung (bncuh dengan sedikit air)
50ml air
minyak
3 tangkai daun sup (hiris)
bawang goreng

Cara:
1. Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga masak dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
3. Masukkan lada hijau dan lada merah serta bawang besar. Kacau seketika.
4. Masukkan taucu (sweet yellow bean) dan tambah 50ml air.
5. Masukkan ikan dan gula. (walaupun namanya 'sweet' tapi taucu tetap masin)
6. Tuangkan bancuhan air tepung jagung dan kacau perlahan-lahan hingga pekat.
7. Ikan alu-alu masak taucu siap untuk dihidangkan.
8. Hias bersama hirisan daun sup dan bawang goreng.
~enak dimakan bersama nasi panas~

2 ulasan:

CT Delima berkata...

Assalamulaikum Amie...

k.ct memang suka ikan masak taucu. Tapi suka guna ikan tongkol dan gelama jer. Tak kisahlah ikan apa asal keluarga kita suka makan. yg penting niat kita masak hanya untuk keluarga trsayang kan.

Nak tanya ni ikan alu alu ni ikan apa erk..first time k.ct dgr ni :D

tr kasih Amie sudi singgah Dapur CT. K.ct follow kamu juga ..Daaaa

Amie berkata...

waalaikumussalam ct...
kalau tak silap amie, ikan alu-alu ni ikan 'barracuda' , penjual ikan kata ada 2 jenis, 1 jenis biasa dan 1 lagi warna kuning. katanya yang kuning lebih sedap & harganya lebih mahal sikit. saiznya panjang dan muncungnya pun agak tajam tapi taklah macam muncung todak... kalau di sabah memang banyak, tp amie belum jumpa di pasar (selangor), ada kot... tapi ikut tempat... rasanya lebih sedap kalau kita masak berkuah.