ADSENSE

Isnin, 4 April 2011

Ayam Goreng Butter Cereal Seasoning Powder

Masih lagi masak ayam...minggu ini boleh dikatakan minggu ayam.... dah jemu masak itu ini,petang ini masaklah isi ayam pulak. Gunakan butter cereal seasoning powder saja.


Bahan-bahan:
500 gram daging  ayam (buang tulang, potong isi kepada 12 bahagian)
250 gram butter cereal seasoning powder
4 sudu mentega
10 pelepah daun kari
15 biji cili padi (hiris nipis)
2 sudu sos tiram
minyak

Cara:
1. Gaul isi ayam bersama 2 sudu sos tiram. Perap seketika.
2. Pansakan minyak dan goreng isi ayam hingga masak. Angkat dan toskan.
3. Panaskan mentega dalam kuali.
4. Masukkan daun kari dan cili padi. Goreng hingga naik bau.
5. Masukkan isi ayam yang telah digoreng dan gaul rata.
6. Tutup api.
7. Masukkan cereal seasoning powder ke atas isi ayam dan gaul rata.
8. Ayam goreng butter cereal seasoning powder sedia untuk dihidangkan.

1 ulasan:

Hamizan Fahmi berkata...

klau x letak butter cereal seasoning powder bleh ke???