ADSENSE

Selasa, 8 Mac 2011

Siakap Masak Sos Plum & Honey Lime

Selamat malam semua.... dah makan belum? Petang tadi Amie sempat sediakan ikan siakap goreng bersos plum & lime honey dengan campuran sedikit budu. Macam pelik sedikitkan, tapi rasanya tidaklah teruk, boleh makan, dan dah habis pun. Yang tinggal hanyalah gambar kenangan...kih kih kih...marilah lihat di bawah ini...


Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap seberat 500 gram
4 sudu plum & honey lime
3 sudu budu
2 sudu sos cili padi
3 biji bawang putih (tumbuk)
1 sudu tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
sedikit garam
1 sudu serbuk kunyit
minyak

Bahan hiasan:
2 biji mangga (cincang)
2 biji tomato (hiris nipis)
5 biji cili padi (hiris)

Cara:
1. Bersihkan ikan dan lumurkan dengan garam dan kunyit. Goreng hingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih hingga wangi.
3. Masukkan budu, sos plum & honey lime, sos cili padi. Gaul rata.
4. Masukkan bancuhan air tepung jagung dan kacau hingga pekat.
5. Letakkan ikan di atas pinggan dan susun bahan hiasan ikut suka.
6. Tuangkan sos di atasnya.
7. Siakap Masak Sos Plum & Honey Lime siap untuk dihidangkan.

Tiada ulasan: