Prawn Soup

9:47 PTG

Nampaknya selesema Amie belum reda.... selera makan pun tak seberapa. Walaupun esok hari Sabtu, tapi terpaksa turun padang juga....  aktiviti Kem Kepimpinan dilaksanakan sehingga hari Ahad. Amie berkira2 pada hari Sabtu malam Ahad  bermalam di sekolah (kalau larat), kesian anak2 buah UBK & Unit Disiplin serta fasilitator bertungkus lumus siang dan malam bagi menjayakan program.......hu hu hu... kebetulan pada malam yang sama ada kenduri arwah di kampung (rumah kakak ipar). Agaknya asyik fikirkan perkara yang bertindih-tindan itulah yang buat demam tak juga baik... apa pun mungkin selama 2 hari berturut-turut, tak dapatlah Amie nak masak di rumah.... syukurlah anak dan suami sangat mengerti beribu dan beristeri wanita berkerjaya seperti Amie ini walaupun minggu lepas anak sulung Amie perlahan-lahan bersuara.... sengsaranyalah menjadi anak seorang.... ... yang semakin hari semakin tidak menentu jadual kerjanya, keluar sebelum matahari terbit, dan anak pula lewat balik sekolah kerana terpaksa tunggu Amie menghadiri pelbagai mesyuarat dan tugasan lain... Hmmmm.... Amie harap masak sup udang boleh buka selera Amie petang ini.... nak hirup kuahnya yang masih panas dan pedas kerana dicampur lada putih, biar keluar peluh dan bersin banyak kali....


Bahan-bahan:
7 ekor udang kertas
10 batang babycorn (potong 2)
1 biji tomato (potong 2)
3 biji bawang putih (pecahkan)
1/2 labu bawang besar (mayang)
1/2 sudu lada putih (tumbuk)
1.5 cm halia (tumbuk)
1/2 cekak sweet pea sprout
1 sudu serbuk pati ikan bilis
400ml air
daun sup
bawang goreng

Cara:
1. Didihkan air dalam periuk bersama bawang putih,bawang besar dan halia dan tomato.
2. Masukkan udang dan masak hingga kulit udang berubah merah.
3. Masukkan babycorn, lada putih dan serbuk pati ikan bilis.
4. Masukan sweet pea sprout dan terus padamkan api.
5. Hidangkan dan taburkan bawang goreng bersama daun sup.



2 comments

  1. Wah nampak sedap jer..leh cuba nieh :)

    BalasPadam
  2. cubalah... buat time selesema ni, bila hirup sup lada putihnya, rasa berlubang hidung kita...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe