ADSENSE

Jumaat, 4 Mac 2011

Ikan Jenahak Masak Sambal

Assalamualaikum semua.... terima kasih kerana terus sudi mengunjungi dapur Amie. Petang ini Amie ingin berkongsi resepi yang pada asalnya resepi masakan keluarga sebelah suami (Melayu Cocos) tetapi Amie ubahsuai mengikut selera dan citarasa Amie, masak dengan menggunakan bahan seadanya sahaja. Sebenarnya, kalau mengikut tradisi sebelah suami, mereka gunakan ikan bayan tapi Amie gunakan ikan jenahak dan oleh kerana Amie tiada limau nipis, Amie gantikan dengan pati asam jawa. Dan Amie buang satu bahan iaitu ketumbar, sebaliknya Amie gunakan tomato dan tambah sedikit belacan. Asas masakan ini ialah sebaiknya gunakan ikan bayan, lada, santan, ketumbar dan perahan air limau nipis. Lihatlah hasil 'mixed food recipe' Melayu Cocos & Melayu Jawa....




Bahan-bahan:
2 keping ikan jenahak
5 biji tomato (belah 4)
3 tangkai terung pipit
200ml santan pekat
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu teh garam
gula / perasa
1 sudu teh pati asam jawa
minyak

Bahan kisar:
15 biji lada kering
5 biji bawang putih
5 biji bawang merah
1.5 cm belacan
1.5 lengkuas
1.5cm halia

Cara:
1. Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit. Goreng setengah masak. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar sehingga wangi.
3. Masukkan tomato dan masak lagi sehingga pecah minyak
4. Masukkan pati asam jawa dan santan pekat.
5. Masukkan terung pipit dan ikan jenahak.
6. Masak selama lebih kurang 3-5 minit.
7. Sempurnakan masakan dengan garam dan perasa / gula.
8. Masakan siap untuk dihidangkan.

Orang tua-tua kata banyak khasiat terung pipit, tapi Amie tak berapa pasti apa khasiatnya selain dijadikan sebagai ulam-ulaman.

Tiada ulasan: