Isnin, 7 Mac 2011

Ikan Belawis Panggang

Terlewat muat naik gambar....ni ikan panggang kelmarin, tapi masih elok lagi (dalam gambar), ikan belais @ belawis. Amie gandingkan dengan kerabu mangga, ratah je ... tak payah makan nasi.


Rasanya semua orang sudah tahu nak panggang ikan. Pertama sekali mestilah bersihkan ikan, bubuh garam & kunyit, serta lada putih, bawang putih dan halia (jika suka). Panggang ikut cara masing-masinglah. Amie panggang guna kuali serbaguna, tak payah bakar arang dan sebagainya. Cuma kali ini Amie alas ikan dengan daun pisang. Dah siap untuk dihidangkan dan bolehlah makan.... Bismillah....

Tiada ulasan: