ADSENSE

Selasa, 1 Mac 2011

Char Kuey Teow

Kuey teow lagi.... baru kelmarin buat kuey teow goreng. Hari ini masah kuey teow basah pulak.... untuk menghabiskan stok kuey teow dan bahan-bahan yang seangkatan dengannya, maklum taugeh dan daun kucai umurnya tak berapa panjang seperti umur lobak atau kobis. Sama saja cara masak dan penggunaan bahan seperti kuey teow goreng kelmarin, cuma Amie jadikannya basah serta tokok tambah bahan seperti lobak ( yang juga nampak mula kecut sebab kelmarin terjemur bersama sayur-sayur lain di tepi tingkap menghadap matahari akibat terlupa menyimpan dalam peti sejuk.)


Bahan-bahan:
500 gram kuey teow cuci dan toskan)
10 ekor udang kertas (belah belakang)
1/2 cawan isi kerang
10 batang daun kucai (potong sepanjang 5cm)
1 cawan taugeh (buangkan ekor dan kulit kacang)
10 batang babycorn (potong serong)
1/2 batang lobak merah ( potong kecil dan panjang)
5 biji bawang putih (pecahkan & cincang)
5 biji bawang merah (pecahkan & cincang)
2 biji lada merah (hiris nipis)
5 sudu sos cili thai
3 sudu kicap cair
1 sudu serbuk pati ikan bilis
150ml air
2 biji telur (pecahkan dan pukul)
minyak

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah serta lada merah hingga wangi.
2. Masukkan udang dan isi kerang. Kacau sebati hingga udang berwarna kemerah-merahan.
3. Masukkan sos cili thai dan kicap cair.
4. Masukkan air dan biarkan mendidih dan masukkan babycorn.
5. Masukkan kuey teow dan kacau rata.
6. Masukkan daun kucai bersama taugeh.
6. Tuangkan telur secara merata ke atas masakan.
7. Gaul sebentar dan padamkan api.
8. Char kuey teow siap untuk dihidangkan.

~Biasanya kalau makan char kuey teow di kedai, memang sampai meleleh-leleh sebab Amie suka sangat letak lada banyak-banyak dan pesan minuman panas.... terangkat telinga tau....

Char kuey teow yang di sebelah ni dah jadi kuey teow goreng........

Tiada ulasan: