ADSENSE

Jumaat, 4 Februari 2011

Seafood Soup

Selamat malam pengunjung dapur saya...... tengok sup lagi. Ada lebihan sotong dan fillet ikan dory, campur sajalah, letak kuah lebih, jadilah sup yang boleh anak-anak hirup.


Bahan-bahan:
200 gram sotong (potong ikut suka)
200 gram fillet ikan dory (potong nipis dan lumur dengan tepung jagung0
2 biji tomato (potong 4)
1 batang kucai (pontong 5cm panjang)
1 labu bawang besar (cincang)
3 biji bawang putih (pecahkan)
1.5 cm halia (hiris)
1 sudu teh lada hitam (tumbuk)
1 sudu perisa Lea & Perrins Worcestershire Sauce
1 sudu serbuk pati ayam
400ml air
2 sudu minyak jagung

Cara:
1. Panaskan minyak dan goreng bawang putih serta bawang besar dan halia hingga wangi.
2. Masukkan air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan fillet ikan dory. Biarkan hingga masak.
4. Masukkan sotong.
5. Masukkan serbuk lada hitam, perisa Lea & Perrins dan serbuk pati ayam.
6. Masukkan tomato dan daun kucai.
7. Seafood soup - sotong & fillet ikan dory - siap untuk dihidangkan.

Taburkan bawang goreng dan perahkan air limau jika suka.

Tiada ulasan: