ADSENSE

Sabtu, 5 Februari 2011

Salad Kentang

Salam tengahari.... dah lunch belum?  Nampaknya tengahari ini saya tak masak nasi untuk anak-anak. Petang nanti baru masak. Saya nak habiskan stok sayur-sayuran untuk minggu ini. Jadi saya pilih menu salad kentang (sebab bahan paling banyak ialah kentang)... Kita kongsi cerita pasal salad dulu .... salad ni dalam Kamus Dewan ertinya sejenis tumbuhan herba yang dibuat sayur atau sejenis makanan yang diperbuat daripada sayur-sayuran mentah. Perkataan 'salad' berasal dari Perancis iaitu 'salade' manakala bahasa pula 'salata' atau 'salty' asalnya 'sal' iaitu garam. Orang Inggeris pula menyebutnya 'sallet' .... he he...macam2 ada. Salad pun ada macam-macam jenis, macam-macam nama, macam-macam bahan. Dan saya gunakanlah bahan-bahan yang 'kepenghabisan' kali sebelum hari Ahad.... hari pembersihan peti sejuk dan hari memasukkan bahan baru untuk bekalan satu minggu berikutnya......

 Bahan-bahan:
3 biji kentang (rebus hingga empuk)
150 gram brokoli (rebus)
1/2 biji capsicum merah
1/2 biji capsicum hijau
1/2 biji capsicum kuning
1/2 batang lobak merah
2 biji tomato
1 labu bawang besar
(potong kesemua bahan di atas ikut bentuk yang disukai)
1/2 cawan kismis
1 cawan jagung tin
1/2 cawan sos salad (thousand island dressing)

Cara:
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk besar.
2. Tuangkan sos salad dan gaul rata.
3. Simpan di dalam peti sejuk.
4. Boleh makan bila-bila masa setelah sejuk.

Tiada ulasan: