ADSENSE

Rabu, 9 Februari 2011

Ikan Kupu-Kupu Masak Singgang

Selamat malam semua... ini gara-gara dua hari berturut-turut tak keluar air (petang), jadi aktiviti masak-memasak pun ikut terbantut. Sebab dah niat di hati nak n3 masakan singgang (2 hari lepas - tak sempat n3), kenalah tunaikan niat tu...walaupun lewat. Sebenarnya, lepas kami makan udang goreng salut tepung petang dulu tu, tiba-tiba jiran sebelah panggil, dan diberinyalah kami sepotong ikan, macam ikan bawal tapi bukan ikan bawal, bentuknya lebih leper dari bawal, dan kami pun memang suka ikan tu (biasa makan), jadi namakanlah ikan tu ikan leper tapi jiran kata, ikan tu ikan kupu-kupu. Kupu-kupu? Bukan rama-rama ye...agaknya sebab leper berkepak kot..... Nak letak gambar tak boleh sebab jiran dan siap siang dan potong. Jadi hanya boleh tengok rupa ikan yang dah saya masaklah...


Bahan-bahan:
6 potong ikan kupu-kupu
1 batang serai (diketuk)
3cm lengkuas (diketuk)
4 helai daun limau purut
2 biji tomato (belah 4)
3 biji bawang putih (pecahkan)
1/2 labu bawang besar (hiris)
2 keping asam gelugor
1 sudu kecil serbuk kunyit
garam & perasa

Cara:
1. Didihkan 500ml air.
2. Masukkan bawang putih, bawang besar, serai dan lengkuas serta asam gelugor dan juga serbuk kunyit.
3. Masukkan ikan dan biarkan antara 12-15 minit.
4. Masukkan garam dan perasa.
5. Masukkan tomato.
6/ Ikan kupu-kupu masak singgang siap untuk dihidangkan.

Tiada ulasan: