Lamb Curry

8:01 PTG

Suami Amie kata hidangan petang (kami makan nasi sebelum pukul 6.00) hari ini seimbang kerana Amie masak kari kambing biri-biri serta dihidangkan bersama acar mentah. Maksudnya, hidangan berlemak digandingkan dengan acar yang mengandungi rasa masam. Macam biasalah, kalau masak kari, Amie memang suka yang pekat-pekat....


Bahan-bahan:
500 gram kepingan kambing biri-biri muda (potong ikut suka)
5 biji kentang (buang kulit dan belah 2)
3 cawan santan cair
1 cawan santan pekat.
7 biji bawang putih (cincang)
1 labu bawang besar (cincang)
3cm halia muda (cincang)
4 biji tomato (potong dadu)
4 sudu besar lada kisar
3 kuntum bunga lawang
5cm kulit kayu manis
1 sudu biji sawi
40 gram serbuk kari daging
1 sudu teh pati asam jawa (bancuh dengan sedikit santan cair)
beberapa helai daun kari
garam & gula @ perasa
4 sudu besar minyak jagung

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis halia, bawang putih dan bawang merah serta kulit kayu manis dan bunga lawang hingga wangi.
2. Masukkan lada kisar serta tomato. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan daun kari dan serbuk kari diikuti dengan bancuhan air asam jawa..
4. Masukkan kambing dan tumis sehingga daging menjadi layu.
4. Masukkan kentang dan santan cair. Masak sehingga kentang hampir empuk.
5. Masukkan santan pekat diikuti dengan garam dan perasa.
6. Biarkan kari kambing masak dengan sempurna dan tutup api setelah kentang & kambing empuk. (Biasanya kambing biri-biri tidak perlu mengambil masa yang lama untuk lembut)
7. Sedia untuk dihidangkan.

7 comments

  1. wow sedapnya!!
    hubby suka mkn ni..
    sy follow ye

    BalasPadam
  2. fara, tq follow me...kamb curry memang sedap...

    BalasPadam
  3. assalam Amie, memang sedap dan menyelerakan....my hubby pun suka lamb curry ni...saya dulu tak suka lamb tapi sejak dh kahwin ni suka lak mkn..tapi memang sedap!

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. waalaikumussalam nieza, samalah dgn saya...sebelum kawin tak makan lamb, dah kawin kena masak lamb di rumah mentua, lama2 suka lamb...

    BalasPadam
  6. salam amie, k.nor mintak izin ya, nak copy & save resipi ni.. berkenan lak kari2 pekat2 ni.. mekasih ya..

    BalasPadam
  7. silakan Kak Nor....dptlah kita beramal jariah melalui alam maya...terima kasih kembali kerana sudi 'copy' lamb curry yg tak seberapa ni..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe