ADSENSE

Jumaat, 4 Februari 2011

Kek Coklat Pisang Kukus

sSalam Jumaat.... masih lagi hujan renyai-renyai. Sejuk....tengok daun-daun pokok epal bidara di depan rumah melintuk-liuk ditiup angin. Banyak tunas baru muncul sebab sebelum musim hujan, suami pangkas dahan-dahannya. Ehhmmmm.... kelmarin jiran sebelah bagi lagi sesikat pisang...pisang sesikat yang dibagi tiga hari lepas masih ada..... teringat lagi cerita dulu, tak sempat pisang masak ranum, habis kami kekah adi-beradik he he... bonda suka buat kuih pisang tapi saya tak pasti kuih apa...kadang-kadang pisang dilecek, kadang-kadang dipotong. Biasanya bonda buat sebelum masuk tidur dan esok pagi bonda sudah hidangkan dan yang tak boleh saya lupa, bonda kukus kuih pisang itu. Malam tadi ada telefon bonda lewat 11 malam, bonda baru selesai buat kenduri..... alhamdulillah. Suara bonda kedengaran letih, jadi saya singkatkan perbualan. Anak-anak minta saya buatkan mereka kek coklat....saya buatkanlah tapi saya masukkkan pisang ... jadilah kek coklat berpisang ye.... kukus macam bonda buat dulu-dulu. Si bongsu tolong jaga mixer...dia minat sangat dengan dunia masakan, katanya bila besar nanti nak jadi chef,  jadi saya hanya mampu beri dorongan dengan memberinya peluang 'mengganggu' saya di dapur.... di samping mengenali serba sedikit bahan-bahan masakan.


Minta maaflah.....saya bukan pakar buat kek...kalau ada yang tak betul, tegur2lah. Kalau setakat makan untuk diri dan keluarga tu bolehlah....tapi memang kek coklat pisang kukus ni mengenyangkan perut sebab padat.... ( saya gunakan tepung gandum biasa - kawan2 kata bagus kalau gunakan tepung hong kong)

Bahan-bahan:
3 biji telur gred A
280 gram tepung gandum
250 gram mentega
180 soft brown sugar
250 gram pisang masak
50 gram serbuk koko
1 sudu serbuk penaik
1 sudu esen vanilla

Cara:
1. Pukul telur, mentega dan gula hingga kembang menggunakan mixer.
2. Masukkan tepung gandum, serbuk penaik, serbuk koko dan esen vanilla. Pukul lagi.
3. Masukkan pisang yang dilecek terlebih dahulu dan pukul lagi.
4. Tuangkan adunan ke dalam loyang pengukus.
5. Kukus sehingga masak.

Tiada ulasan: