ADSENSE

Selasa, 1 Februari 2011

Fish & Chips

Sekali - sekala melayan keluarga di meja makan dengan hidangan yang berlainan dari kebiasaan... rasa sangat seronok sebab anak-anak pun turut teruja ingin tahu apa yang kita sediakan untuk mereka. Saya cuba buatkan mereka hidangan 'fish & chips' menggantikan nasi untuk makan malam. Saya gunakan fillet ikan dory dan juga jejari kentang serta sayuran dalam hidangan. Kita lihatlah di bawah ini rupa fish & chips saya malam ini...


Bahan-bahan: (untuk 5 sekeluarga)
5 keping isi ikan dory
500 gram jejari kentang
garam
1 sudu jus lemon
sedikit lada hitam (tumbuk)
2 sudu tepung gandum
1 cawan serbuk roti (bread crumb)
minyak
200 gram brokoli (dicelur)
2 biji tomato (dibelah 6)
sos tartar atau sos lemon

Cara:
1. Gaul isi ikan dengan garam dan lada hitam.
2. Bancuh tepung gandum dengan air dan celupkan ikan ke dalam adunan tepung.
3. Sadurkan ikan bersalut adunan tepung gandum dengan serbuk roti.
4. Goreng ikan dalam minyak yang panas hingga masak.
5. Goreng jejari kentang hingga kuning keemasan.
6. Susun ikan  dan jejari kentang di atas pinggan. Hias dengan brokoli dan tomato.
7. Hidangkan dengan sos tartar atau sos lemon.

Tiada ulasan: