Sabtu, 5 Februari 2011

Daging Kisar Dengan Kacang Panggang

Hmmm...ini kes nak habiskan stok la..... ikut resepi kakak walaupun masakan ala barat tapi 'rojakkan' ke timur he he... Lebihan daging kisar (menu spageti tempohari - saya masak bersama kacang panggang). Syukurlah... habis juga menu untuk hari ini...


Bahan-bahan;
300 gram daging kisar (lebih baik dari daging segar - buat sendiri)
1 cawan air jagung (saya guna air jagung tin - sepatutnya air rebusan daging)
300 gram kacang panggang
2 biji tomato(cincang)
3 sudu tomato puri
1labu bawang besar (cincang)
3 biji bawang putih (cincang)
3 sudu besar mentega
garam

Cara:
1. Panaskan mentega dan tumis bawang putih dengan bawang besar hingga naik bau.
2. Masukkan tomato, tomato puri dan air jagung. Biarkan mendidih seketika.
3. Masukkan daging kisar dan kacau rata.
4. Masukkan kacang panggang dan garam. Kacau sekali lagi.
5. Masukkan masakan di atas ke dalam loyang dan bakar dalam oven yang sedia panas antara 10-15 minit - jangan terlalu kering.

Tiada ulasan: