ADSENSE

Ahad, 6 Februari 2011

Baulu Panggang Cecah Budu & Ulam-Ulaman

Anak-anak balik dari potong rambut... terus menyerbu tengok mummy masak apa... ada ayam tak? Ha... ayam goreng salut kacang tanah sudah sedia atas meja untuk mereka. Kami berdua dengan suami sepakat makan ikan panggang dengan ulam-ulaman. Walaupun anak-anak tak suka makan sayur, tapi saya tetap sediakan juga bersama lauk kegemaran mereka. Seronok rasanya berada di tengah-tengah dunia masakan. Boleh rasa macam-macam jenis masakan dari 4 penjuru...utara, selatan, timur dan barat. Suami pun dah tak kisah sangat tentang makanan kegemarannya sebab sudah terikut tekak dan lidah saya sehingga dia sendiri pernah berkata... tak tahu apa makanan yang mummy suka. Saya sahut...mummy suka makanan yang sedap. Jadi tak kisahlah masakan dan makanan apa pun, yang penting sedap... itulah makanan yang mummy suka. jadi untuk mengetahui sedap ke tak sedap kena rajinlah cuba pelbagai masakan dan rajin jugalah ke dapur....


Bahan-bahan:
1 ekor ikan baulu (milkfish)

Bahan kisar:
7 biji cili kering
4 biji bawang putih
1 labu bawang besar
1 batang serai
1.5 cm halia
1/2 sudu pati asam jawa
1.5 cm belacan
garam & gula

Bahan budu:
4 sudu budu
1 biji tomato (cincang)
1 labu bawang besar (cincang)
10 biji cili padi (cincang)
2 biji limau kasturi (perah air)
garam & gula (jika perlu)

Bahan ulam:
1 biji terung taiwan (goreng)
7 biji kacang bendi (celur)
7 biji kacang botol (celur)
12 biji petai

Cara:
1. Belah ikan pada bahagian tengah dan buang tulang.
2. Salut ikan dengan bahan kisar dan perap selama 15 minit.
3. Panggang ikan hingga masak.
4. Hidangkan bersama sambal budu dan ulam-ulaman.

Alamak....pak we aku makan sampai berpeluh-peluh....senang je, minum air panas suam (cepat hilang rasa pedas)... apa yang pedas ha...sambal budu lah tu....



P/S: saya lumur kedua2 belah ikan panggang, jadi meresaplah ramuannya.


Tiada ulasan: