ADSENSE

Sabtu, 1 Januari 2011

Telur Puyuh Sup Campur

Buat sup lagi..... masak campur-campur lagi. Dan rebus lagi..... lagi dan lagi... setelah dua tiga hari lepas makan lemak2... dan kebetulan malam ini ada jemputan makan malam... tentulah hidangan berlemak2 yang jadi tumpuan...


Bahan-bahan:
10 biji telur puyuh (rebus dan buang kulit)
5 hiris akar teratai
1/2 batang lobak merah (potong ikut suka)
1/2 batang lobak putih (potong ikut suka)
1/2 kuntum white fungus (direndam dan carik-carik)
2 bungkus tauhu jepun (tofu)
5 ulas bawang putih (dipecahkan)
1 sudu kecil lada putih (ditumbuk)
garam / kiub ayam

Cara:
1. Panaskan1 liter air dalam periuk. Masukkan bawang putih serta kiub ayam.
2. Bila air mendidih, masukkan akar teratai, lobak putih dan lobak merah.
3. Setelah lobak agak lembut, masukkan white fungus. Biarkan seketika.
4. Masukkan tauhu jepun dan telur puyuh.
5. Jangan lupa masukkan lada putih.
6. Siap dan boleh dihidang. Hiaslah dengan daun sup dan bawang goreng.

Tiada ulasan: