ADSENSE

Ahad, 2 Januari 2011

Sambal Mangga

Biasanya orang buat sambal mangga gunakan mangga muda. Saya cuba gunakan mangga masak dan rasanya pun tidaklah kurang enaknya.... cuma saya perahkan air limau kasturi supaya sambal saya ada rasa masam sikit sebab mangga tu manis... Jom tengok sambal mangga saya di bawah ni... lawa tak?  Eh ehhhh... bukan kira lawa... kira sedap la....


Bahan-bahan:
1 biji mangga masak (tak kisahlah mangga apa dicincang)
1 biji cili merah (buang biji)
7 biji cili padi
belacan (ikut suka banyak mana)
5 ulas bawang putih (digoreng)
5 ulas bawang merah (digoreng)
secubit garam
1 sudu kecil gula pasir
1 biji limau kasturi (perah airnya)

Cara:
1. Masukkan bawang putih,bawang merah yang sudah digoreng ke dalam lesung bersama lada merah dan cili padi. Tumbuk hingga lumat.
2. Masukkan belacan dan tumbuk lagi.
3. Masukkan gula dan mangga cincang. Tumbuk lagi.
4. Perahkan air limau.
5. Sekiranya perlu boleh tambah sedikit garam.
Makanlah bersama ikan bakar serta ulam-ulaman dengan nasi panas.

Tiada ulasan: