ADSENSE

Ahad, 9 Januari 2011

Remayung Goreng Ikan Keratang Kering

Pernah dengar nama ikan keratang? Saya pun tak pernah tengok rupanya. Kata penjual ikan keratang kering, ikan ini sangat besar dan beratnya boleh mencecah sehingga beratus kilogram. Apa pun ikan keratang sudah masuk dalam perut saya....bersama sayur remayung ha ha ....


Bahan-bahan:
1 cekak pucuk remayung
1 keping ikan keratang kering (potong dan rendam seketika kemudian toskan)
3 biji lada merah (ditumbuk)
3 biji bawang putih (ditumbuk)
3 biji bawang merah (ditumbuk)
sedikit belacan (ditumbuk)
minyak
garam /serbuk pati belacan

Cara:
1. Tumis semua bahan tumbuk sehingga naik bau.
2. Masukkan ikan keratang kering. Jika terlalu kering, masukkan sedikit air.
3. Masukkan daun remayung dan terus tutup selama 3 minit.
4. Buka penutup dan taburkan serbuk pati belacan.
5. Tutup seketika.
6. Siap untuk dihidangkan.

Tiada ulasan: