ADSENSE

Ahad, 2 Januari 2011

Puding Horlicks Karamel 2011

Ini puding karamel saya yang kedua.... karamel hari tu memang betul2 hangus... nampak cantik warnanya tapi pahit sedikit rasanya. Kali ini ada penambahbaikan sedikit tapi gulanya tak berapa hangus... he he apa pun anak-anak dan suami kata memang sedap. Betul... saya pun puji diri sendiri sebab memang sedap... bukan apa, saya rasa yang menyedapkannya tu sebab saya gatal tangan dan gatal hati nak berkreativiti dengan mencampurkan horlicks dalam puding karamel saya. Nampaknya usaha saya tidak sia-sia... tapi bukanlah hasil yang benar-benar sempurna. Lain kali saya akan cuba lagi...

Bahan-bahan:
karamel (gula hangus) gunakan....
2 cawan gula pasir
2 cawan air panas

Bahan puding:
8 biji telur
2 tin susu cair
2 sudu besar essen vanilla
6 sudu besar horlicks
3 sudu tepung jagung

Bahan hiasan:
2 biji buah kiwi
15 biji buah anggur hitam

Cara:
1. Hanguskan gula pasir dan masukkan dalam loyang.
2. Pecahkan 8 biji telur dan pukul hingga kembang.
3. Masukkan 2 tin susu cair dan pukul lagi.
4. Masukkan 2 sudu besar essen vanilla dan pukul terus...
5. Masukkan 6 sudu besar horlicks dan jangan berhenti memukul....
6. Masukkan 3 sudu tepung jagung dan sambung memukul......
7. Tapis adunan tadi supaya tidak diganggu oleh ketulan2 tertentu yang tidak terpukul ......
8. Masukkan ke dalam loyang yang berisi gula hangus.
9. Kukus selama 20 minit.
10. Keluarkan dan tunggu sebentar sebelum terbalikkan ke dalam pinggan atau bekas puding.
11. Hiaslah ikut suka.
12. Simpan dalam peti sejuk.
13. Boleh makan bila-bila masa.


Tiada ulasan: