ADSENSE

Isnin, 10 Januari 2011

Petola Masak Bening

Bening.... apa makna bening? Bening bermakna jernih...itulah masakan bonda saya sedari dulu... masakan berkhasiat yang membesarkan kami 9 beradik. Baru-baru ini semasa sedang berbual melalui telefon, saya tidak segan-segan memberitahu bonda saya betapa menyihatkan masakan bonda itu....kerana... tidak mengandungi lemak dan berminyak. Saya masih ingat setiap kali bonda di dapur memasak sayur bening, bonda memberitahu... tunggu hingga air mendidih barulah masukkan sayur (biasanya sayuran hijau), jangan masak terlalu lama... apabila sayur bertukar warna, masaklah sayur itu. Huh.... pesanan keramat bonda saya ini masih terngiang-ngiang di telinga. Dulu, segala sayur-sayuran ada di sekeliling rumah. Terung, meranti, pegaga, bayam, kangkung dan.... dan...dan... rasa dan aromanya pun jauh berbeza dengan sayur yang ada di dapur kita sekarang. Tak apalah, asyik cerita tentang tanam-tanaman, tak sempat pula saya masak bening petang ini. Saya rasa gandingan masakan saya pun cukup berkhasiat juga... petola masak bening dengan talapia goreng berlada....he he he



Bahan-bahan:
1 batang petola (buang kulit dan potong-potong)
1/2 batang lobak (buang kulit dan potong-potong)
3 kuntum cendawan kering (cuci dan rendam semula dengan air yang banyak)
2 biji kentang (buang kulit dan potong-potong)
4 biji baby corn (belah 2)
10 ekor udang basah (buang kulit dan belah belakang)
50 gram soon (rendam)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
sedikit halia (ditumbuk)
sedikit lada putih (ditumbuk)
garam / serbuk pati ayam knorr

Cara:
1. Panaskan air rendaman cendawan kering. (Saya gunakannya kerana baunya yang wangi)
2. Masukkan bahan tumbuk.
3. Masukkan kentang, cendawan dan lobak merah. Biarkan mendidih sehingga kentang empuk.
4. Masukkan udang diikuti dengan petola dan baby corn dan diakhiri dengan soon.
5. Masukkan garam atau serbuk pati ayam knorr.
6. Masak bening siap untuk dihidangkan.


Tiada ulasan: