ADSENSE

Jumaat, 21 Januari 2011

Pengat Pisang Campur Jagung dan Barli

Pagi tadi, sewaktu kelam kabut mencari kunci kereta (lupa letak), terpandang sesikat pisang masak dalam beg plastik di atas meja. Apa yang sempat saya fikirkan ialah, suami yang bawa dari kampung (suami dan anak-anak biasanya akan ke kampung untuk majlis baca yasin setiap hari Khamis malam Jumaat. Oleh sebab saya leka menonton filem Hindustan (Vivaah), tak perasan pula ada buah tangan yang dibawa. Petang tadi, pisang itu masih terletak di tempat yang sama, tidak terusik. Nak buat apa dengan pisang ni... pisang berangan tu ... biasanya makan begitu saja tapi teringin pula untuk memasak sesuatu. Apalagi... buat pengatlah, walaupun orang kata pisang jenis ini tak sesuai dan rasanya sedikit masam bila dimasak......nak tunggu pisang nangka? Alamat sampai kucing keluar tanduk.... susah sangat nak dapat pisang nangka di sini...

Bahan-bahan:
5 biji pisang (gunalah pisang yang sesuai untuk dibuat pengat)
1 cawan beras barli
2 batang jagung manis
1/2 cawan sagu biji
1 cawan santan pekat
1.5 cm halia
1 helai daun pandan
6 sudu besar gula pasir
secubit garam

Cara:
1. Rebus beras barli dan hirisan halia serta daun pandan dengan 600 ml air hingga empuk.
2. Masukkan jagung manis dan sagu biji. Biarkan seketika sehingga sagu kembang.
3. Masukkan gula dan secubit garam.
4. Masukkan santan.
5. Pengat pisang campur jagung dan barli siap untuk dihidangkan.

Tiada ulasan: