ADSENSE

Ahad, 9 Januari 2011

Mee Kuning Wak Koboi Goreng Tom Yam

 Pernah dengar nama mee kuning wak koboi? Ha.... kalau nak tahu tentang mee ini, marilah datang ke kilangnya di Balung, Tawau. Mee kering buatan anak tempatan keturunan Melayu Cocos ini memang lain dari yang lain. Ehmmmm.... dengan kata lain, lebih sedaplah.... Saya goreng mee kering wak koboi ini dengan menggunakan pes tom yam.


Bahan-bahan:
300 gram mee kering (mee kuning Wak Koboi)
3 sudu pes tom yam
15 ekor udang kertas (buang kulit dan belah belakang)
1 ekor sotong (sederhana besar - bersihkan dan potong-potong)
2 helai kobis panjang (dipotong-potong)
1 biji lada hijau (dihiris)
1 biji lada merah (dihiris)
3 biji bawang putih (ditumbuk)
3 biji bawang merah (ditumbuk)
2 sudu kicap pekat
minyak
minyak bijan

Cara:
1. Rebus mee kering hingga masak antara 3-5 minit dalam air mendidih. Angkat. Cuci dan tos.
2. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan hirisan lada merah dan lada hijau.
3. Masukkan pes tom yam diikuti dengan udang dan sotong. Gaul rata.
4. Masukkan kubis panjang.
5. Masukkan mee dan tuangkan kicap.
6. Gaul rata. Pes tom yam lengkap dengan perasanya. Jika kurang, tambahlah garam dan bahan perasa lain yang disukai.
7. Diakhiri dengan minyak bijan... supaya mee goreng saya nampak berkilat.
8. Siap untuk dihidangkan.

Tiada ulasan: