ADSENSE

Selasa, 18 Januari 2011

Ikan Layar Masak Stik

Sekarang ni susah sangat nak dapat ikan layar. Jarang sangat ada dijual di pasar. Menurut bapa mentua, dulu... orang tak pandai makan ikan ni... bila dah tahu rasanya sedap, harga pun naik tetapi bekalan semakin berkurangan. Anak-anak memang suka sangat makan ikan layar lebih-lebih lagi kalau dimasak stik. Saya ikut saja cara mak mentua masak.... cuma saya kurangkan jumlah lada putih......sebab kalau keluarga sebelah suami masak cara ini, amboi makk.... banyaknya lada putih......


Bahan-bahan:
500 gram isi ikan layar (dipotong dadu)
5 biji bawang putih (tumbuk)
5 biji bawang merah (tumbuk)
1 sudu besar lada putih (tumbuk)
3 cm halia (tumbuk)
1 sudu pati asam jawa (bancuh dengan 200ml air)
garam & perasa jika suka
3 biji cili merah (potong 2)
1 biji tomato (potong 4)
minyak

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang ditumbuk hingga wangi.
2. Masukkan ikan layar dan balik-balikkan hingga layu.
3. Masukkan bancuhan air asam jawa. Tutup kuali selama 15-20 minit sehingga kuah menjadi pekat.
4. Masukkan garam dan perasa.
5. Masukkan cili merah dan tomato.
6. Siap untuk dihidangkan.

Tiada ulasan: