ADSENSE

Khamis, 20 Januari 2011

Ikan Kerapu Masam Manis

Memang anak-anak tak akan menjamah masakan rebus saya... kecuali kuahnya. Anak kedua memang sudah berpesan, kalau mummy masak ikan, mesti masak sos! Mengenang permintaan anak saya ni, saya pun pandang-pandanglah apa bahan yang ada untuk dibuat sos. Biasanya menjelang pukul 6.15 petang anak dengan ayah sampai ke rumah... anak kedua sekolah di sidang petang, dan setiap kali pulang mesti terus ke dapur.... mummy masak apa?...kalau memang masakan kegemarannya sedang saya masak, suka sangatlah hatinya. Saya tahu, dia sangat lapar...sudahlah sebelah pagi terpaksa uruskan dirinya sendiri sebelum teksi datang menjemputnya pukul 11 pagi untuk ke sekolah. Makan apa yang ada, entah kenyang entah tidak, entah berselera entah tidak... kadang-kadang rasa bersalah bila melihat diri yang tidak secekap bonda sewaktu membesarkan kami dahulu.... bonda sediakan sarapan pagi, bila balik sekolah... makanan memang sudah tersedia, seingat saya, sesibuk mana pun bonda membantu ayah menoreh getah atau ke kebun, bonda tidak pernah lewat memasak... dan makanan tengahari wajib ada untuk kami di dalam gerobok... Saya kira anak kedua saya gembira dengan hidangan petang ini, kerapu masam manis... kenapa mummy asyik masak ikan?... masaklah ayam.... hmmm...dulu memanglah ayam... ayam...ayam, tapi sekarang saya lebih suka anak-anak mendapat khaziat seimbang yang banyak diperoleh dari ikan... isi yang lembut dan mudah hadam, sesuai dengan situasi anak-anak yang sedang membesar. Ayam tetap ada dalam senarai, tapi saya kurangkan pengambilannya kecuali kalau ada ayam kampung... sabar ya anak, hujung minggu ini mummy masakkan ayam.


Bahan-bahan:
3 ekor ikan kerapu
garam
kunyit
minyak

Bahan untuk sos:
1 labu bawang besar (dimayang)
1 biji lada merah (dihiris)
1 biji lada hijau (dihiris)
3 cm halia muda (dihiris nipis)
2 sudu besar sos tiram masam manis
4 sudu besar sos cili cap kipas udang
1 sudu kecil sos ikan
1 sudu kecil serbuk pati ikan bilis
1 sudu besar gula
1 sudu besar minyak bijan
100ml air

Cara:
1. Lumurkan ikan dengan sedikit garam dan kunyit  dan goreng hingga masak. ketepikan.
2. Campur semua bahan sos dan didihkan hingga pekat.
3. Tuangkan di atas ikan.
4. Siap untuk dihidangkan.

Tiada ulasan: