ADSENSE

Isnin, 17 Januari 2011

Ikan Kaci Goreng Berempah

Suatu ketika dahulu kalau masak ikan kaci di kampung, emak atau bapa mertua pesan... goreng lembik-lembik.... ha...goreng lembik-lembik tu macam mana? Pening kepala dibuatnya...sampai sekarang saya tak pandai goreng ikan lembik-lembik kerana bagi saya kalau goreng sampai masaklah. Mereka tidak panggil ikan ini sebagai ikan kaci tapi dinamakan 'ikan nek da'im'...macam-macamlah cerita ye.... Saya cuba goreng berempah ikut resepi ciptaan saya sendiri.... tak tahulah kalau ada resepi ini sudah pernah atau biasa dibuat orang...


Bahan-bahan:
2 ekor ikan kaci (besar/berat ikut suka)
minyak
1 biji telur
6 sudu tepung jagung

Bahan untuk ditumbuk:
4 biji bawang putih
3 cm halia
1 sudu kecil lada putih
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh ketumbar biji
1 sudu besar serbuk kunyit
1 batang serai
1 sudu teh pati asam jawa
1 sudu serbuk pati ikan bilis
garam (jika perlu)

Cara:
1. Gaul kesemua bahan yang ditumbuk dengan sebiji telur.
2. Lumurkan ke seluruh bahagian ikan.
3. Taburkan tepung jagung ke atas ikan.
4. Goreng ikan dengan api yang kuat dan minyak yang banyak.
5. Kaci goreng berempah siap untuk dihidangkan.

Saya hiaskan dengan lebihan kerabu mangga.......selamat mencuba!


Tiada ulasan: