ADSENSE

Rabu, 29 Disember 2010

Wantan Soup With Dory Fillet

Selepas balik dari mesyuarat tengahari tadi, rasa letih sangat bila sampai rumah. Nak masak ikan, lupa nak pesan anak supaya keluarkan dari peti sejuk untuk direndam. Terlelaplah pulak sekejap di atas sofa... bila terjaga perut rasa lapar.... anak-anak tentu kelaparan walaupun mereka tak cakap. Saya nak masak sesuatu yang ringkas, cepat dan mudah. Oh... kelmarin ada beli wantan.... wantan goreng...memang saya paling suka.... tapi saya mahu kurangkan penggunaan minyak dalam masakan. Teringat isi ikan dory yang lebih cepat hilang ais berbanding ikan biasa. Saya suka masak sup ikan dory. Apa kata kalau digandingkan dalam periuk wantan dengan isi ikan dory? Okey tak?



Bahan-bahan:
300 gram isi ikan dory (dory fillet)
tepung jagung
14 ketul wantan (ready made)
lobak merah (potong ikut suka)
baby kailan (potong ikut suka)
bawang putih (dipecahkan)
1 labu bawang besar (dicincang)
sedikit lada putih (ditumbuk)
2 kiub pati ayam

Cara:
1. Hiris isi ikan nipis-nipis dan lumur dengan tepung jagung.
2. Panaskan 1 liter air dalam periuk.
3. Masukkan kiub ayam, bawang putih dan bawang besar serta lobak merah.
4. Ketika sup sedang mendidih, masukkan isi ikan yang bersalut tepung jagung satu persatu.
5. Masukkan wantan dan biarkan seketika.
6. Akhir sekali masukkan baby kailan dan serbuk lada putih.
7. Siap.

Adakah anak-anak kelaparan atau sup wantan dengan isi ikan dory ini sedap.... habis licin satu mangkuk besar. Apa pun, hari ini anak-anak saya dapat menikmati sup yang ringkas tetapi mengandungi pelbagai zat dan vitamin....Alhamdulillah.

Tiada ulasan: