ADSENSE

Rabu, 29 Disember 2010

Tofu Sos Tiram

Biasanya saya campurkan tofu dalam sup sayur atau goreng dan kemudian buatkan kuah sos tiram. Kali ini saya masak tofu sos tiram tetapi tidak dengan cara menggoreng. Saya rebus tofu terlebih dahulu dan kemudian letak sos tiram. Kedua-dua cara masak tofu sama ada goreng atau pun rebus, saya ikut cara kakak sulung saya. Saya rajin jengok kakak saya di Taman Tun Dr. Ismail. Masa tu saya sedang belajar di UM... naik bas Seri Jaya 244 dari Bus Stand Klang ke Taman Tun....Saya tengok kakak masak dan kemudian dia suruh saya makan. Ye... lah  masa tu kita tengah sekolah, tak berapa pandai nak masak. Tapi saya tokok tambah sikit kicap dan lada putih dalam sos saya kali ini.

Bahan-bahan:
2 bungkus tofu (tauhu jepun)

Bahan untuk sos:
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap manis ABC Heinz
1 sudu tepung jagung (kacau bersama 1/2 cawan sedikit air)
5 biji lada putih (tumbuk)

Bahan hiasan:
daun sup / bawang
cili merah
bawang goreng (jika suka)

Cara:
1. Masukkan tofu yang masih berbungkus ke dalam air mendidih. Biarkan selama 3 -5 minit.
2. Masukkan kesemua bahan untuk sos ke dalam sebuah periuk. Didihkan dengan api perlahan sehingga kuah kelihatan pekat.

3. Keluarkan tofu dari bungkusan dan potong ikut suka (tebal / nipis).
4. Tuangkan sos ke atas tofu.
5. Hias ikut suka.
6. Siap.

Tiada ulasan: