ADSENSE

Khamis, 16 Disember 2010

Sup Telur Ketam

Mana telur ketamnya? Tak nampak pun...sebenarnya ada telungkup di bawahnya tu.... kalau rakan-rakan suka makan ketam, tentu tahu mana jantan mana betinanya. Ketam betina biasanya bertelur. Telurnya pula tersembunyi dicelah cengkerangnya. Isi ketam saya masak butter cereal seasoning powder sementara kulit yang berisi telurnya saya buat masak sup... senang je buatnya, tengok je resepi di bawah ketam nih...


Bahan-bahan:
kulit ketam betina yang mengandungi telur
baby kailan
lobak merah
lada putih (tumbuk)
bawang putih (tumbuk)
bawang merah (tumbuk)
kiub ayam

Cara:
Didihkan air. Masukkan kiub ayam bersama bahan-bahan yang ditumbuk disertai dengan kulit ketam. Masukkan lobak merah dan baby kailan. Biarkan seketika. Angkat dan hidangkan.

Tiada ulasan: