ADSENSE

Sabtu, 25 Disember 2010

Popia Udang

Bila hujan sepanjang hari rasa malas nak bergerak.... tapi memandangkan dah janji dengan anak kelmarin...dan anak pun sudah menagih janji itu. Dengan bantuan anak-anak (semua lelaki) siaplah hidangan ringan untuk petang yang mendung ini... popia, yang paling saya gemar dan kalau emak borek anak pun rintik. Habislah 50 keping kulit popia saiz besar digulung-gulung dengan intinya... dah habis jugalah petang tadi...demikianlah ceriteranya....

 Bahan-bahan:
1 paket kulit popia saiz besar
400 gram udang dicincang
2 batang lobak merah dicincang
3 kuntum cendawan kering (rendam dan cincang)
1 tin jagung (toskan airnya)
5 biji bawang putih dicincang
1 labu bawang besar dicincang
1 sudu sos tiram
1 sudu serbuk pati ikan bilis
1 biji telur
minyak

Cara:
Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau. Masukkan bahan-bahan yang dicincang satu persatu disertai dengan jagung. Masukkan sos tiram dan taburkan serbuk pati ikan bilis. Angkat dan toskan (sekiranya berair). Bolehlah letak di atas kulit popia dan gunakan putih telur untuk melekatkan kulit popia. Goreng menggunakan minyak yang banyak dan jangan gunakan api yang terlalu panas. Saya hidangkan dengan sos cili thai serta minuman teh halia.


Tiada ulasan: