ADSENSE

Jumaat, 17 Disember 2010

Patin Masak Tempoyak Dengan Daun Selasih (Kemangi)

Anak kedua kami sangat menggemari ikan patin. Kali ini saya masak ikan patin menggunakan bahan yang sedia ada di dapur...

Inilah rupa ikan patin masak tempoyak cili api dengan tempoyak dan daun kemangi. Mungkin ada yang tertanya-tanya apa itu daun kemangi. Saya pun kurang arif dalam hal ulam dan tumbuhan herba. Rasanya daun kemangi sama dengan daun selasih. Itu pun setelah saya rujuk Kamus Dewan...

Bahan-bahan:
1 ekor ikan patin sederhana besar
3 sudu tempoyak
3 cawan air
1 cawan santan pekat
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
15 biji cili api
2 batang serai
2 keping asam gelugor
1/2 sudu serbuk kunyit
garam secukup rasa
3 tangkai daun kemangi
2 biji tomato

Cara:
Bawang merah, bawang putih dikisar dan cili api dikisar. Campurkan kesemua bahan termasuk tempoyak, bahan kisar, serai, asam gelugor,  ke dalam periuk yang berisi air. Masak hingga mendidih. Masukkan santan dan kacau rata. Biarkan seketika. Apabila mendidih masukkan ikan dan kacau sekali sekala. Perlahankan api dan tunggu sehingga kuah menjadi pekat. Masukkan daun kemangi dan tomato. Tutup api. Angkat dan hidangkan.


Tiada ulasan: