ADSENSE

Sabtu, 25 Disember 2010

Nasi Goreng Kampung Dengan Sayur Campur Sea Food

Menjelang petang, badan pun rasa lenguh asyik duduk mengadap kerja yang masih belum siap. Suami tanya, nak masak apa untuk malam ni? Entahlah.... nak masak apa pula ye....Idea memasak pun macam dah tumpul.Tiba-tiba terasa macam dah lama tak makan nasi goreng...... jadi sementara menunggu nasi masak dalam rice cooker, saya dan suami keluar sekejap ke supermarket kat depan rumah tu... tengok2 apa yang boleh dibeli untuk menyiapkan nasi goreng kami...


Rasanya tak lengkap nasi goreng kampung yang saya masak hari ini. Jadi saya lengkapkanlah dengan memasak sayur campur. Biasa saja cara goreng nasi kampung. Mudah dan ringkas. Kita lihat apa bahan dan bagaimana menyiapkannya untuk menjadi satu hidangan.

Bahan-bahan:
3 cawan nasi putih
1 paket perencah Nasi Goreng Kampung Seri Aji
50 gram ikan bilis (digoreng)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
sedikit belacan (ditumbuk)
lobak merah (dicincang)
1 cawan jagung tin
2 biji telur
5 biji cili padi (dihiris)
minyak
daun bawang (dihiris)

Cara:
Panaskan sedikit minyak.Tumis bahan-bahan yang ditumbuk hingga naik bau. Masukkan lobak merah dan jagung. Masukkan 2 biji telur. Gaul rata. Masukkan nasi putih. Taburkan 1 paket perencah Nasi Goreng Kampung Seri Aji. Gaul lagi dan jangan lupa masukkan ikan bilis goreng. Sebelum diangkat taburkan hirisan cili padi dengan daun bawang. Saya letakkan sedikit minyak bijan sebab anak-anak suka aromanya.

Bahan-bahan Sayur Campur Sea Food
10 ekor udang kertas
10 biji vege cuttlefish ball
kacang manis
cendawan segar
lobak merah
sos tiram
pati ayam knorr
minyak jagung
3 ulas bawang putih dan merah (ditumbuk)

Cara:
Panaskan minyak jagung. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi. Masukkan udang dan vege cuttlefish ball. Gaul rata dan kemudian masukkan lobak merah, cendawan serta kacang manis. Campur sedikit sos tiram dan taburkan satu sudu kecil pati ayam knorr. Saya hidangkan sekali dengan nasi campur. Jemput nikmati jamuan mata... oh ya...SELAMAT ULANG TAHUN UNTUK ADIK SAYA... JAWIAH YANG KE 39 PADA HARI INI.


Tiada ulasan: