ADSENSE

Jumaat, 17 Disember 2010

Ketam Butter Cereal Seasoning Powder

Masakan yang paling mudah dan ringkas.


Bahan-bahan:
1 kg ketam (sederhana besar)
garam
serbuk kunyit
50 gram butter cereal seasoning powder
10 biji cili api
daun kari
3 sudu mentega
minyak

Cara:
Bersihkan ketam dan potong mengikut suka atau biarkan seekor-seekor. Tabur sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga masak. Ketepikan. Panaskan 3 sudu mentega dalam kuali lain. Masukkan daun kari dan cili api. Setelah naik bau, masukkan ketam goreng dan gaul. Tutup api. Tuangkan cereal seasoning powder ke atasnya dan gaul rata sekali lagi. Angkat untuk dihidangkan.

Tiada ulasan: