ADSENSE

Selasa, 21 Disember 2010

Genjer Goreng Belacan & Telur Sotong

Mungkin ada yang tidak pernah dengar perkataan 'genjer' apatah lagi melihatnya. Ia sejenis tumbuhan di rawa atau paya dan boleh dijadikan sayuran. Rakan yang belum pernah melihatnya bolehlah renung gambar di bawah ni.... ha... pernah nampak  tak? Ada tu...kadang-kadang di tepi parit dekat rumah kita... sama macam daun selom, daun kesum, kangkung liar, remayung dan macam-macam lagi yang tumbuh melata kekadang terpijak oleh kita....


Harga seikat RM1 tapi saya beli 2 ikat  untuk hidangan hari ini. Maklumlah sayuran ini nampak saja besar panjang tapi sebenarnya bila dah dimasak jadi sedikit sebab kecut. Sebelum dimasak kenalah potong-potonglah genjer ini ikut suka hati kita, 2 atau 3 inci panjang. Didihkan air dan celur sekejap. Bolehlah kita masak macam masak sayur lain. Saya masak genjer goreng belacan sampur telur sotong. Hari tu belu sotong 2 ekor seberat 1kg. Dua-dua ekor pula penuh telur... jadi telur sotong tu saya temukanlah dengan genjer dalam kuali...

Bahan-bahan:
Secekak batang genjer
250 gram telur sotong + badan sotong
sedikit belacan
tiga biji cili merah
4 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
pati ikan bilis
minyak

Cara:
Celur genjer seketika dan toskan. Potong telur dan sotong ikut suka.Tumbuk belacan bersama cili merah, bawang putih dan bawang merah. Panaskan minyak. Tumis bahan yang ditumbuk disertai dengan telut dan sotong. Masukkan sayur genjer. Gaul rata dan tambah satu sudu pati ikan bilis. Kalau suka masin boleh tambah sedikit garam.


Tiada ulasan: