ADSENSE

Selasa, 28 Disember 2010

Dory Fillet Panggang


Bila sebut 'panggang' mesti terbayang bara api. Bagi saya tak semestinya kita gunakan bara api baru kita boleh memanggang. Menyediakan bara api terpaksa mengambil masa yang agak lama. Dah tu.. yang nak dipanggang bukannya banyak. Saya gunakan kuali sahaja untuk panggang ikan. N3 terakhir saya untuk malam ni ialah isi ikan dory panggang cara saya. Apa yang menarik tentang dory fillet ni, tak perlu risau tentang tulang dan sebagainya. Beli saja di supermarket dan sampai rumah sudah boleh terus masak tanpa perlu menyiangnya terlebih dahulu. Mudah bukan. Dory fillet saya di bawah ni seberat 880 gram tapi bukan semuanya saya masak. 2/3 saja saja panggang dan selebihnya tu pada hari yang lain saya nak buat sup.


Jom kita lihat sama-sama apa bahan yang saya gunakan untuk dory fillet saya kali ini.

Bahan-bahan:
2 keping isi ikan dory
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil sos tiram
1/2 sudu kecil sos ikan
minyak bijan
minyak

Bahan-bahan yang ditumbuk:
halia
bawang putih
lada putih

Cara:
1. Lumurkan ikan dengan bahan yang ditumbuk bersama serbuk kunyit, sos tiram dan sos ikan.
2. Panaskan kuali. Lapik dengan daun pisang (jika ada). Saya tak ada daun pisang, jadi saya letak sedikit minyak supaya ikan tidak melekat.
3. Susun ikan dan tutup. Masak antara 5-7 minit.
4. Buka penutup dan balikkan ikan. Boleh bubuh minyak bijan. Tutup semula untuk seketika.
5. Siap untuk dihidangkan.

Tiada ulasan: