ADSENSE

Jumaat, 31 Disember 2010

Ayam Masak Stik

Saya ingat masakan 'stik' tu panggang.... tapi lain pula ceritanya dengan keluarga sebelah suami. Saya bayangkan daging atau dada ayam, itik atau angsa atau sekurang-kurangnya daging itik Peking yang dipanggang dan dimakan bersama pan cake serta sos Hoisin. Bukan... jangkaan saya tidak betul. Mereka namakan masakan mereka 'stik' dan rasanya pun tidak kurang enaknya. Anak-anak saya pun suka masakan begini. Sekali-sekala saya memasaknya sebab caranya pun sangat mudah. Cuma saya tokok tambah dengan kentang. Inilah rupa 'stik' atau 'stek' yang saya pelajari daripada mak mentua saya. Masakan ini menggunakan asam jawa dan lada putih yang agak banyak. Saya tak pasti pula adakah memang memerlukan banyak lada putih atau sebab mak mentua saya mempuyai tanaman lada putih sendiri, jadi senang mendapat bekalan lada putih.


Bahan-bahan:
10 keping potongan ayam
4 biji kentang dibelah dua
1 1/2 cawan air asam jawa
garam
minyak

Bahan-bahan yang ditumbuk:
4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 inci halia
2 sudu lada putih

Cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk hingga naik bau.
2. Masukkan ayam dan gaul sebati hingga ayam layu.
3. Masukkan kentang dan air asam jawa.
4. Masukkan garam (dan serbuk perasa jika suka)
5. Tutup kuali.
6. Apabila ayam masak, kentang pun empuk.
7. Angkat dan hidangkan.
1. Goreng

Tiada ulasan: